Serbuan mengejut Imigresen ‘kantoikan’ 245 warga asing
“Saya terkejut lihat ramai yang datang dan kawan-kawan saya lari, jadi saya menyorok,” kata lelaki warga Indonesia yang ditemui bersembunyi di sebalik kerusi semasa serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah gudang simpanan barangan di Seksyen 22, tengah malam tadi.
Lelaki berusia 26 tahun itu memberi alasan terbabit apabila ditahan anggota JIM yang menjalankan pemeriksaan di sekitar premis selepas beberapa pekerja warga asing melarikan diri.
Mereka antara 245 warga asing yang berjaya ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Imigresen Selangor pada jam 12.05 tengah malam.
Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin, berkata operasi dilakukan susulan aduan serta risikan sejak dua bulan lalu.
Seramai 244 lelaki dan seorang wanita warga asing berusia antara 20-an hingga 50-an ditahan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh (102 orang); Nepal (61), India (58), Pakistan (20); Indonesia (3) dan Sri Lanka (1).
“Pemeriksaan awal mendapati kebanyakan mereka melakukan kesalahan menyalahgunakan pas, tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan sah,” katanya kepada pemberita selepas operasi.
Khairrul berkata, semua warga asing ditahan itu dibawa ke Pejabat JIM Selangor untuk pemeriksaan lanjut.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Sekiranya warga asing terbabit disahkan melakukan kesalahan akan ditahan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut di mahkamah.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris