Pampasan lebih tinggi dari pemaju baharu untuk Kampung Sungai Baru
Setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Azman Abidin berkata penduduk Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur dinasihatkan berbincang dengan pemaju sedia ada sekiranya ada pihak lain yang mahu mengambil alih projek pembangunan di kampung itu.
Katanya, sebarang cadangan pengambilan atau tawaran baru oleh mana-mana pemaju tidak melibatkan campur tangan kerajaan.
Dia berkata demikian selepas Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerima surat tunjuk minat oleh sebuah syarikat bagi mengambil alih pembangunan semula Kampung Sungai Baru, dengan syarikat itu dikatakan bersedia membayar pampasan yang lebih tinggi kepada penduduk, selain membayar segala kos yang telah dibelanjakan oleh pemaju sedia ada.
“Walaupun cadangan itu baik dan lumayan namun saya nasihatkan kepada jawatankuasa bertindak (penduduk kampung) supaya sebarang cadangan baru mestilah mendapat persetujuan pemaju sekarang.
“Jadi, saya minta jawatankuasa itu mengadakan rundingan dengan pemaju yang sedia ada,” katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu, pada 29 Okt jawatankuasa bertindak penduduk kampung itu dalam satu kenyataan berkata bahawa terdapat beberapa pemaju lain yang berminat untuk mengambil alih projek ini termasuk membayar segala kos yang telah dibelanjakan.
“Pemaju-pemaju tersebut juga akan memberikan pampasan meliputi pemilik-pemilik yang menerima warta, pemilik-pemilik yang tidak menerima warta dan pemilik-pemilik yang telah menandatangani persetujuan bersama pemaju.
“Dengan alternatif ini, pemilik-pemilik akan mendapat beberapa pilihan.
“Pemaju-pemaju tersebut juga bersedia membayar pampasan sebanyak RM950 sekaki persegi, yang bernilai jauh lebih tinggi daripada penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebanyak RM450 sekaki persegi yang mengesahkan penilaian oleh JPPH pada tahun 2018 iaitu pada nilai RM850 sekaki persegi, untuk tanah yang berstatus Zon Komersial Antarabangsa ini,” kata jawatankuasa itu.
Sementara itu, Azman berkata pemohonan untuk menangguhkan notis pengosongan sehingga 31 Disember 2023 tidak dapat dipertimbangkan lagi kerana tanah tersebut sudah pun menjadi milik kerajaan.
“Walaubagaimanapun cadangan pemaju sedia ada untuk memagarkan tanah tersebut juga tidak dipersetujui oleh kerajaan kerana tanah tersebut bukan milik pemaju lagi.
“Apa yang penting di sini adalah, kerajaan tidak akan membenarkan mana-mana pihak khususnya penghuni Kampung Sungai Baru tercicir daripada pembangunan ini,” katanya.
Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru melibatkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru dengan proses pengambilan tanah bermula sejak tahun 2016.
Pada Julai tahun lalu, penduduk di Kampung Sungai Baru menerima surat Warta Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memaksa mereka keluar dari tanah itu dengan pampasan.
Namun, penduduk, khususnya penghuni rumah teres tidak setuju dengan kadar pampasan RM400 sekaki persegi ditetapkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sehingga kini, sebanyak 37 penduduk rumah teres tidak setuju dengan pampasan ditawarkan, manakala 27 penghuni bersetuju.
Sejak itu, penghuni telah menerima sebanyak dua notis pengusiran dan telah ditangguhkan oleh Anwar sebelum ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris