Mira Filzah didakwa baling skrip, berperangai syaitan?
![](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2023/11/Screenshot-2023-11-04-155648.png)
PETALING JAYA – Pelakon Mira Filzah tampil bersuara menangkis tuduhan liar yang memetiknya sebagai selebriti berperangai syaitan hanya kerana satu perbualan sekumpulan selebriti dalam ruangan popcast menerusi media sosial.
Kata pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman itu, dia tidak pernah berkelakuan kasar atau biadab kepada orang lain sepanjang sedekad terbabit dalam industri seni.
“Hampir 10 tahun berlakon, tak pernah saya baling apa-apa,” katanya membalas kenyataan seorang netizen dalam laman sosial semalam.
Malah pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu menegaskan tidak mengenali individu dimaksudkan netizen yang kononnya menjadi mangsa perbuatannya.
“Kenal dia pun tak,” luahnya ringkas bagi menjelaskan dakwaan yang dituding kepadanya.
Kenyataan tersebut diluahkan susulan tular satu rakaman video pempengaruh media sosial, Sarancak dan Nell Hanan ketika menyertai sesi podcast bersama Ceddy Ang menerusi TikTok.
Dalam perbualan tersebut, para selebriti media sosial itu berkongsi pengalaman bekerja dengan seorang selebriti yang dikatakan nampak baik di hadapan peminat, namun sikap sebegitu didakwa bertentangan dengan keperibadiannya yang sebenar.
Menghangatkan lagi sesi perbualan, masing-masing mendedahkan selebriti yang diperkatakan pernah melemparkan skrip sewaktu sesi penggambaran, sekali gus menjadikan dirinya sesuai dilabelkan berperangai syaitan.
Sesi berkenaan mencetuskan polemik sejak beberapa hari lalu apabila segelintir netizen mendakwa artis dimaksudkan adalah Mira Filzah. Nama Mira tercetus bersandarkan bayangan yang diberikan tiga sekawan itu.
Begitupun, Sarancak yang juga bekas penyampai sebuah stesen radio tampil menegaskan pihaknya tidak pernah menyatakan Mira sebagai artis dimaksudkan mereka.
“Hello, sesiapa nak tuduh Mira Filzah tu? Bukan ya. Jahat mulut tuduh Mira tak bersalah ya,” katanya dalam ruangan komen.
Pada masa sama, masih ramai netizen mula mempertahankan artis kesayangan mereka apatah lagi sepanjang bergelar pelakon, ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak pernah terkait dengan gosip sombong atau talam dua muka.- HIBGLAM
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris
Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’
You must be logged in to post a comment.