Negara-negara Amerika Selatan mula bertindak ke atas Israel
Negara-negara Amerika Selatan mula bertindak ke atas Israel
NEW YORK – Pembunuhan berterusan Israel terhadap penduduk di Gaza mencetuskan perasaan simpatan negara-negara Amerika Selatan terhadap rakyat Palestin.
Bolivia menjadi negara pertama dari Amerika Selatan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel susulan pelancaran operasi ketenteraan negara Zionis ke atas Gaza.
Timbalan Menteri Luar Bolivia, Freddy Mamani berkata, negaranya bertindak demikian kerana jenayah kemanusiaan melampau yang dilakukan oleh Israel.
Mamani berkata: “Kerajaan telah memutuskan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Israel, sebagai penolakan dan kecaman terhadap serangan tentera Israel yang agresif dan tidak seimbang yang dilakukan di Semenanjung Gaza.
Negara berkenaan juga mendesak agar gencatan senjata dilakukan selain akan segera menghantar sumbangan kemanusiaan ke Gaza.
Sementara itu Chile dan Colombia mengarahkan duta mereka keluar Israel bagi membantah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Presiden Colombia, Gustavo Petro, baru-baru ini menyamakan tindakan Israel dengan tindakan Nazi dan Adolf Hitler.
Presiden Chile, Gabriel Boric, juga mengumumkan bahawa dia telah memanggil semula duta negaranya di Tel Aviv dan membincangkan “pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang tidak boleh diterima” yang dilakukan Israel di Gaza.
Boric berkata, lebih 8,000 orang awam mangsa serangan Israel – kebanyakannya wanita dan kanak-kanak – menunjukkan bahawa operasi ketenteraan mewakili “hukuman kolektif penduduk awam Palestin di Gaza”. MG
Negara-negara Amerika Selatan mula bertindak ke atas Israel
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris
You must be logged in to post a comment.