Menu restoran makanan segera papar imej darah dan peluru, laporan polis dibuat
Pengurus sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat, Selangor membuat laporan polis berkenaan papan menu digital restoran digodam.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata dua suspek yang merupakan warga Malaysia ditahan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur berhubung kes tersebut.
Hussein berkata, pengurus restoran itu membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat pada 31 Oktober lalu.
“Papan menu digital tersebut tiba-tiba telah berubah imej kepada paparan gambar produk makanan restoran makanan segera tersebut, mengandungi imej darah, bom, peluru dan tulisan ‘proud sponsors of Israeli terrorism’.
“Ekoran daripada laporan ini, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya yang tidak menamakan nama restoran itu.
Seksyen 504 Kanun keseksaan berkenaan kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.
Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 pula berkaitan perlakuan menghina, sama ada menerusi perkataan atau perlakuan, dengan niat menggangu keamanan atau membuat provokasi terhadap orang lain.
Hussein berkata lagi, polis turut merampas telefon milik suspek, yang kedua-duanya berusia 26 tahun.
“Kedua-dua suspek telah direman selama empat hari bermula 2 November lalu untuk membantu siasatan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya lagi.
Sejak tercetus semula konflik di Gaza pada 7 Oktober lalu, ramai pihak menggesa boikot terhadap perniagaan dan barangan yang dikaitkan dengan Israel.
Antaranya adalah restoran makanan segera McDonald’s, yang menjadi perhatian setelah restoran itu membekalkan makanan percuma kepada tentera Israel.
Susulan itu, McDonald’s Malaysia yang merupakan milik tempatan menjelaskan tindakan McDonald’s Israel tidak mencerminkan pendirian mereka.
Pada 17 Oktober lalu, McDonald’s Malaysia berkata pihaknya telah menyumbang RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin yang dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Hari ini, Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali memuji komitmen rakyat Malaysia untuk memboikot perniagaan dan barangan yang dikaitkan dengan Israel.
“Pemboikotan ke atas mana-mana produk dan francais yang menyokong Israel membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris