Nasrudin keluar formula gelang kerjasama BN dan PN

Nasrudin keluar formula gelang kerjasama BN dan PN

Penggunaan Logo PN Dalam PRN Melaka Tidak Menafikan Kerjasama Dalam Muafakat Nasional

1. Sejurus keluar keputusan PAS Pusat mengenai penggunaan logo PN dalam Pilihanraya Negeri Melaka, sebahagian bertanya, apa akan jadi dengan Muafakat Nasional ?



2. Muafakat Nasional adalah kesepakatan antara PAS dan UMNO yang telah dimeteraikan dalam satu Piagam Muafakat demi memelihara perpaduan umat Islam sekali gus untuk memastikan umat Islam tidak retak dan belah bagi mendepani apa jua cabaran semasa ke atas umat Islam.

3. Ia merentasi kepentingan sempadan parti politik sebaliknya menjadi natijah cita-cita umat Islam keseluruhannya bagi melihat umat Islam agar tidak lagi bermusuhan antara satu sama lain hanya semata-mata kerana berbeza warna bendera dan parti politik yang disertai.

4. Keputusan PAS menggunakan logo PN dalam pilihanraya Negeri Melaka yang dibuat dalam Mesyuarat PAS Pusat semalam tidaklah menafikan malah tidak pula memutuskan hubungan dalam Muafakat Nasional.

5. Sebaliknya penggunaan logo PN di dalam Pilihanraya Negeri Melaka ini adalah merupakan satu langkah ijtihad Politik semasa PAS bagi menghadapi PH dan merencana agar Negeri Melaka tidak jatuh ke tangan PH.



6. UMNO yang akan bertanding atas logo BN akan membawa bersama kekuatan MCA dan MIC, sementara PAS yang memilih untuk bertanding atas logo PN pula akan membawa bersama PBBM dan bergandingan dalam pilihanraya bagi menghalang kemaraan PH.

7. Meskipun umum telah mengetahui bahawa UMNO masih tidak boleh menerima PBBM, demikian juga sebaliknya. Namun “gelang kerjasama” boleh dijalin menerusi Muafakat Nasional yang akan merangkumi BN dan PN.

8. Electoral Pack boleh diurus dengan mengekalkan semangat kerjasama bagi memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru dalam PRN Melaka. Pembahagian kerusi secara pintar mesti dilakukan dengan harmoni antara BN dan PN agar menjadi satu pasukan kuat mendepani PH.

9. Muafakat Nasional mesti terus kekal utuh justeru masih terlalu banyak cabaran mendatang menanti umat Islam yang pastinya memerlukan umat Islam kekal bersatu dan kuat.



10. Demikian Perikatan Nasional, juga berperanan mengisi ruang yang perlu bagi menyempurnakan kekuatan umat Islam dan terus membina dominasi dalam segenap aspek yang membawa kebaikan kepada ummah.

Memperkasa Muafakat Nasional, Mempertahan Perikatan Nasional.

Sekian.
Nasrudin Tantawi

Sementara itu ini komen para netizen



Nasrudin keluar formula gelang kerjasama BN dan PN




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker