Today Bakeries didenda RM60,000 naikkan harga roti kentang

Today Bakeries didenda RM60,000 naikkan harga roti kentang

Today Bakeries didenda RM60,000 naikkan harga roti kentang
Khu Kim Chai mewakili syarikat pengeluar roti, Today Bakeries Products (Klang Sdn Bhd) diiringi pegawai KPDN ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini. – Foto NSTP/Norzamira Che Noh

KLANG: Sebuah syarikat pengeluar roti didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menaikkan harga roti kentang tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhi Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar selepas Today Bakeries Products (Klang) Sdn Bhd sebagai Orang Kena Saman (OKS) yang diwakili pengarahnya, Khu Kim Chai, 67, menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes itu.

OKS membayar denda itu selepas prosiding berkenaan.

Mengikut pertuduhan, syarikat beralamat di Klang itu didakwa mencatut dalam menjual barangan roti kentang dengan menaikkan harga jualan dari RM3.35 kepada RM3.51.

Tindakan itu menyebabkan kenaikan kepada margin keuntungan bersih sebanyak RM0.16 daripada RM1.89 kepada RM2.05.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


Kesalahan itu dilakukan di syarikat berkenaan di Taman Klang Utama pada 27 Mei 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(1)Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang dibaca bersama Per 3(b) Peraturan -Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan ( Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Yang Tidak Munasabah) 2018 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhamad SaifulSaaidin manakala OKS diwakili Peguam Mohd Ridzuan Omar.

Today Bakeries didenda RM60,000 naikkan harga roti kentang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker