Zii Jia, Tze Yong naik ranking dunia

Selepas menutup kempen Terbuka Artik minggu lalu selaku juara serta naib juara, dua perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong mengalami kenaikan dalam ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Zii Jia yang mengalahkan Tze Yong dalam kejohanan berstatus Super 500, naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-11 dunia, sekain menghampiri kelompok 10 terbaik.

Tze Yong  yang kalah kepada Zii Jia dalam perlawanan akhir di Finland itu menghuni ranking terbaiknya setakat ini dengan naik dua anak tangga ke kedudukan ke-17 dunia.

Kenaikan ranking yang dialami Tze Yong memang wajar, melihat kepada kemajuan ketara yang dicapai pemain berusia 23 tahun itu sepanjang tahun ini.

Dalam tempoh ini, dia mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong dan suku akhir Sukan Asia Hangzhou.

Tze Yong mula memasuki kelompok 20 terbaik dunia pada Jun berpotensi menembusi kelompok 15 teratas minggu depan dengan syarat mara sekurang-kurangnya ke final Super 750 Terbuka Denmark yang sedang berlangsung di Odense.

Sementara itu dalam saingan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melonjak mendaki empat anak tangga ke kedudukan 19 dunia hasil  kejayaan muncul naib juara Terbuka Artik.

Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (No. 4), Pearly Tan-M. Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (kedua-duanya di No. 9 dunia) mengekalkan kedudukan asing-masing

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker