Masjid dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia musnah dibom Zionis

Masjid dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia musnah dibom Zionis

Sebuah masjid di Palestin yang dibina hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia musnah, selepas dibom oleh tentera rejim Israel, Sabtu lalu.

Dalam catatan Facebook, Muslim Care Malaysia Society berkata, Masjid Muhammad Al Amin dibina pada 2013 dengan pembiayaan yang dikutip daripada orang ramai.

“Hati kami hancur melihat masjid tersergam indah yang dibiayai oleh rakyat Malaysia musnah akibat serangan bom oleh Israel.

“Pada penghujung 2013, Muslim Care Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya membina masjid yang luas dan cantik untuk rakyat Palestin.

“Malangnya, di sebalik semua usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, Masjid Muhammad Al Amin diratakan sepenuhnya dan tidak boleh digunakan lagi,” menurut hantaran itu.

Ia berkata, lebih banyak bantuan dan sokongan akan disalurkan untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

“Walaupun musnah, semangat jihad umat Islam tidak akan pernah pudar.

“Sekuat mana semangat saudara kita di Palestin, begitu juga dengan kekuatan hati kita untuk kita semua akan terus bersatu,” katanya.

Sayap tentera Hamas, Briged Al Qassam, melakukan serangan kompleks menyasarkan penempatan Israel berhampiran Gaza dengan melancarkan lebih 5,000 roket, ‘mengejutkan’ Israel pada awal pagi Sabtu lalu.

Mereka kemudiannya disertai oleh pejuang Jihad Islam Palestin dan kumpulan pejuang Palestin lain dari Gaza menyusup masuk ke kawasan sempadan dan bertempur dengan tentera Israel.

Serangan yang dinamakan oleh Hamas sebagai ‘Banjir Al Aqsa’, membuahkan hasil apabila mereka berjaya menguasai penempatan Israel di sempadan.

Sebagai tindak balas, tentera Israel melancarkan ‘Operasi Pedang Besi’ terhadap pejuang Hamas. BH

Masjid dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia musnah dibom Zionis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker