YB Pelangai baharu dituntut segera buat perubahan
BENTONG: Tugas berat menanti calon Barisan Nasional (BN) yang menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai apabila penduduk setempat mengharapkan Datuk Amizar Abu Adam dapat melakukan perubahan di kawasan berkenaan
Warga emas, Abdul Aziz Abdullah, 77, yang memiliki ladang sawit mengakui begitu sukar untuk menggajikan pekerja tempatan khususnya dalam kalangan orang muda untuk bekerja dalam sektor perladangan di kawasan FELDA.
Selalu peneroka awal di FELDA Chemomoi, beliau berkata ramai anak muda di tanah rancangan berhijrah atau bekerja di luar Pelangai kerana menawarkan lebih banyak peluang.
Tidak seperti di Pelangai, beliau akui terpaksa mengupah warga asing untuk bekerja di ladangnya kerana menghadapi kesukaran untuk mencari pekerja tempatan khasnya orang muda.
“Anak kita di kawasan FELDA di sini memang tak nak kerja di ladang. Sekarang memang banyak pekerja warga Indonesia yang lebih sanggup untuk bekerja dalam sektor perladangan.
“…anak muda sekarang mereka tidak berminat untuk bekerja di ladang lalu memilih untuk merantau luar kawasan dan bekerja di negeri dan daerah lain antaranya di Temerloh,” katanya kepada BH.
Peniaga roti canai, Masitah Mohammad, berharap agar wakil rakyat yang baru dipilih menjalankan tugas dan amanah sebaik mungkin lebih-lebih lagi untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat di kawasan pedalaman seperti Pelangai.
Ditambah tekanan ekoran kenaikan harga barang, ibu kepada tiga orang anak itu juga hanya menyewa kerana masih kurang pembangunan perumahan untuk generasi kedua di tanah rancangan itu.
“Di FELDA Chemomoi, jika tidak ada acara atau majlis besar-besaran seperti PRK, memang tidak ramai orang. Kalau ada mudah bagi kami untuk dapat pelanggan sekali gus membantu kami meraih pendapatan.
“Ketiadaan tempat menarik di sekitar Pelangai membuatkan kawasan ini kurang dikunjungi, lengang tanpa pengunjung luar. Saya harap wakil rakyat baharu boleh buat sesuatu di kawasan ini untuk tarik ramai pengunjung luar.
“Selain itu, saya juga harapkan YB (Yang Berhormat) dapat memperjuangkan nasib generasi kedua seperti saya yang masih tidak ada rumah kerana ramai terpaksa menyewa,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Jentik kemaluan dua murid, jurulatih mengaku tidak bersalah
- Pemilik restoran caj mahal didakwa Ekin rupanya makcik Linda Hashim
- Ketua Pemuda UMNO layak sertai kabinet Kerajaan Perpaduan
- Tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi sah ditarik balik
- Pemilihan Bersatu: Kumpulan Muhyiddin vs Kumpulan Hamzah
- Saman pakir kereta dihadpaan rumah sendiri, PBT jangan tekan rakyat
- PAS silap percaturan – Shahril Hamdan
- Bersemuka terus dengan mangsa kalau berani – Firdaus Wong
- View Chin sudah peluk Islam?
- Kisah benar wanita kandung anak jin di Terengganu
- Muhyiddin ‘bodohkan’ kerajaan
- Nadia Annuar bercerai lagi
- Isteri Mawi terkejut dicaj RM1200 untuk makanan laut di gerai
- Hael Husaini mengamuk di set, Sharnaaz bagi nasihat
- Faizal Hussain didakwa pegang tangan bekas penyampai berita terkenal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah
Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor
You must be logged in to post a comment.