Lokasi Roger Ng dalam negara dirahsiakan atas faktor keselamatan – Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, sudah tiba di negara ini bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1MDB.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata lelaki terbabit tiba di negara ini tengah malam tadi, namun lokasi keberadaan Ng tidak didedahkan atas faktor keselamatan.

“Saya sahkan, dia (Ng) sudah berada di negara ini,” katanya ringkas kepada Bernama.

Razaruddin berkata setakat ini, siasatan terhadap Ng dilakukan pihak berkuasa lain bagi membantu siasatan berkaitan 1MDB.

Difahamkan, Ng akan turut disiasat antaranya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, Ng dijangka tiba di Malaysia tengah malam tadi dan fokus kerajaan adalah untuk mendapatkan kembali aset yang dikaitkan dalam kes terbabit.

Pada Jumaat, media melaporkan Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan diserahkan kepada Malaysia untuk berdepan pertuduhan di negara ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker