Disangka lari masuk hutan, rupanya bersembunyi dalam tandas

Remaja lelaki berpelukan dengan ibunya selepas ditemukan bersembunyi dalam tandas surau Kampung Pinang Jawa, Gita, Kuching, awal pagi tadi. – Foto Bomba.

KUCHING: Disangka hilang masuk ke dalam hutan kerana merajuk dengan ibu, seorang remaja lelaki rupanya bersembunyi dalam tandas.

Remaja berusia 13 tahun itu yang dilaporkan hilang jam 1.04 pagi tadi, ditemukan dalam tandas surau Kampung Pinang Jawa, Gita, di sini, tidak sampai dua jam kemudian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sarawak berkata, selepas menerima laporan kehilangan remaja itu pada jam 1.04 pagi, pihaknya menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.

“Ibu remaja itu memaklumkan anaknya lari ke dalam hutan setelah berlaku perselisihan faham di antara mereka berdua dan tidak membawa telefon bimbit. Keluarga dan penduduk kampung berusaha mencari dalam belukar yang dikatakan lokasi terakhir mangsa dilihat,” katanya hari ini.

Selain bomba, beliau memaklumkan, ibu mangsa juga membuat laporan mengenai kehilangan anaknya itu di Balai Polis Gita.

“Pihak bomba membuat pecahan pencarian dalam radius 500 meter di kawasan belukar dan surau sebelum remaja itu ditemukan oleh anggota bomba pada jam 2.48 pagi, bersembunyi dalam tandas lelaki surau dengan pintu dikunci dari dalam.

“Anggota bomba memujuk sehingga berjaya dan dia keluar dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada keluarga dan tindakan lanjut pihak polis di lokasi,” katanya.

Selain 10 anggota bomba, turut terlibat dalam operasi mencari ialah enam anggota polis dan 15 penduduk kampung.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker