Anwar gembira kemenagan BN di Pelangai, beri semangat dan perkukuhkan Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, semalam.

Dalam perkongsian menerusi Facebook beliau, Anwar berkata kemenangan itu menjadi kesinambungan kecemerlangan di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, hasil kesepaduan kerjasama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan yang berjaya mendobrak naratif fitnah dan perkauman sempit.

“Ia juga meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka ekonomi MADANI,” menurut catatan itu.



Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan, serta menzahirkan penghargaan kepada barisan jentera yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan itu.

Amizar, 53, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong memenangi kerusi Pelangai dengan majoriti 2,949 undi.

Beliau memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi, sekali gus hilang wang deposit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?



PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah



Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker