Tauliah penceramah PAS Ustaz Dusuki, Abdullah Khairi ditarik kerana ‘perkasakan’ titah Tuanku
Keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar agama Islam terhadap Ustaz Dusuki Abdul Rani dan Ustaz Abdullah Khairi dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menegaskan, pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin mengenai pembatalan penarikan balik tauliah mengajar Dusuki yang dikeluarkan MAIS.
Katanya, keputusan itu berdasarkan alasan ketidakpatuhan prosedur ketika proses penarikan dibuat dan tidak mempersoalkannya atas titah Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar diberi kepada mana-mana aktivis politik.
“Justeru, titah baginda masih berkuat kuasa di Selangor dan keputusan itu juga berdasarkan maklumat status keaktifan Dusuki dalam parti politik termasuk tapisan keselamatan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“MAIS memutuskan tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu antara lain kerana ia hanya bersifat akademik semata-mata kerana tempoh tauliah mengajar agama Islam Dusuki telah tamat pada 30 Jun 2023,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelas Abdul Aziz, penarikan balik tauliah mengajar melibatkan Abdullah Khairi juga dibuat selaras titah Sultan Selangor berhubung larangan pemberian tauliah kepada mana-mana aktivis politik.
“Tindakan penarikan berkenaan dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008. Pemegang tauliah yang terkesan diberi ruang untuk membuat rayuan kepada MAIS,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak tidak mempolitikkan isu berkenaan dan menghormati titah Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.
“Ia dikhuatiri boleh disalahgunakan untuk kepentingan parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Selangor serta mencemarkan Islam,” katanya.
Kosmo! kelmarin melaporkan MAIS menarik balik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi melalui satu surat yang dikongsikan penceramah terkenal itu sendiri dalam satu hantaran di Instagram.
Menurut surat bertarikh 3 Oktober itu, penarikan balik tauliah mengajar beliau di Selangor itu berkuat kuasa 27 September.
Jelas surat itu, ia diputuskan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS yang bersidang pada 27 September lepas.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Jentik kemaluan dua murid, jurulatih mengaku tidak bersalah
- Pemilik restoran caj mahal didakwa Ekin rupanya makcik Linda Hashim
- Ketua Pemuda UMNO layak sertai kabinet Kerajaan Perpaduan
- Tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi sah ditarik balik
- Pemilihan Bersatu: Kumpulan Muhyiddin vs Kumpulan Hamzah
- Saman pakir kereta dihadpaan rumah sendiri, PBT jangan tekan rakyat
- PAS silap percaturan – Shahril Hamdan
- Bersemuka terus dengan mangsa kalau berani – Firdaus Wong
- View Chin sudah peluk Islam?
- Kisah benar wanita kandung anak jin di Terengganu
- Muhyiddin ‘bodohkan’ kerajaan
- Nadia Annuar bercerai lagi
- Isteri Mawi terkejut dicaj RM1200 untuk makanan laut di gerai
- Hael Husaini mengamuk di set, Sharnaaz bagi nasihat
- Faizal Hussain didakwa pegang tangan bekas penyampai berita terkenal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor
You must be logged in to post a comment.