Pingat emas keenam negara disumbang atlet karate

Pingat emas keenam kontinjen negara di Sukan Asia 2022 ‘muncul’ menerusi karate apabila Muhamad Arif Affifudin Ab Malik mengungguli acara kumite 84 kilogram (kg) di Sukan Asia 2022 sebentar tadi.

Tampil buat kali pertama di Sukan Asia, atlet berusia 23 tahun itu menewaskan lawan dari Kazakhstan yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2018, Daniyar Yuldashev pada aksi final di Gimnasium Pusat Sukan Linping.

Muhamad Arif yang juga pemenang pingat perak Sukan SEA 2019 meraih kemenangan 10-4 ke atas Daniyar yang sebelum ini memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 2018.

Pada aksi separuh akhir, Muhamad Arif memadam cabaran atlet dari Korea Selatan, Baek Junhyeok dengan keputusan 5-2 selepas meraih kemenangan sengit 4-3 ke atas atlet Indonesia, Sandi Firmansyah pada aksi suku akhir.

Sementara itu, dua lagi atlet karate negara menerima nasib yang berbeza selepas masing-masing kandas sekali gus gagal meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya.

Bagi kumite bawah 67kg, S Prem Kumar tumbang 8-0 di tangan atlet dari Kazakhstan, Amarali Didar 8-0 dan terlepas peluang beraksi di pusingan ‘repecharge’.

Ini kali pertama pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2018 itu bertanding dalam kategori terbabit memandangkan dia sebelum ini berentap dalam kategori 60kg.

Langkah P Madhuri pula tersekat di pusingan 16 apabila tewas di tangan atlet dari Jordan, Mansour Leen bagi kategori bawah 55 kg.

Madhuri gagal mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya apabila tumbang 2-11 di tangan lawannya itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker