Pertarungan bermula, Pelangai akan kekal milik BN atau PN

Sebanyak 16,383 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini.

Tepat 8 pagi ini, sebanyak sembilan pusat mengundi melibatkan 30 saluran akan dibuka hingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di Bentong.

Cuaca diramalkan baik di daerah Bentong pada sebelah pagi manakala ribut petir dijangka pada waktu petang, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Bagaimanapun, tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 3 Okt lepas, selepas SPR mengeluarkan 73 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos pada PRK itu.

PRK berkenaan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon Kasim (PN), calon Pakatan Harapan Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang Isa Ahmad.

PRK DUN Pelangai merupakan PRK keempat diadakan selepas PRU15 pada 19 Nov lepas, selepas PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos lalu serta PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan serentak pada 9 Sept.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker