Raba penumpang tidur dalam pesawat, lelaki dipenjara 21 bulan

Raba penumpang tidur dalam pesawat, lelaki dipenjara 21 bulan

LOS ANGELES: Mahkamah semalam menjatuhi hukuman penjara 21 bulan ke atas seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) kerana meraba seorang penumpang yang tidur di dalam pesawat.

Mohammad Jawad Ansari, 50, meletakkan tangannya pada paha seorang wanita ketika mangsa tidur di tempat duduk dalam penerbangan dari Cleveland ke Los Angeles pada Februari 2020.

Sebaik menyedari, mangsa bangun dan menolak tangan Ansari sebelum meninggalkan tempat duduk dan memberitahu kru kabin mengenai serangan itu, kata pegawai.

Ansari yang menafikan tuduhan itu didapati bersalah selepas perbicaraan empat hari pada Mei, kata Jabatan Kehakiman.

“Tindakan Ansari menyebabkan mangsa terkejut dan takut, dan saksi memberi keterangan mangsa menangis teresak-esak sepanjang baki penerbangan,” kata seorang pendakwa di mahkamah di Los Angeles.

Mangsa kini sukar untuk tidur dalam pesawat kerana sentiasa bimbang mengenai kejadian sama mungkin berulang.

Hakim Daerah AS Fernando Aenlle-Rocha memenjarakan Ansari selama 21 bulan dan memerintahkannya membayar lebih AS$40,000 (RM188,900). BH

Raba penumpang tidur dalam pesawat, lelaki dipenjara 21 bulan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker