Ambil hak harta pusaka beku, fitnah tidak berasas untuk kerajaan
SHAH ALAM – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan tajuk video tular mengenai harta pusaka bertentangan dengan kandungannya malah menjadi fitnah tidak berasas terhadap kerajaan.
Menurutnya, kandungan tersebut datang daripada pengasas sebuah syarikat amanah swasta yang tidak dimiliki kerajaan.
“Perlu difahami bahawa kerajaan tidak mempunyai niat mengambil harta pusaka beku untuk menjadi haknya.
“Syarikat tersebut memberikan cadangan kepada kerajaan untuk memperkenalkan insentif kepada waris-waris menuntut harta pusaka terbeku yang kini mencecah RM70 bilion,” jelas kementerian itu menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Sebelum ini, kandungan video terbabit tular sehingga mendapat perhatian warganet kerana kerajaan menyentuh soal harta pusaka dan bakal dibentangkan sebagai cadangan dalam Belanjawan 2024 pada 13 Oktober nanti.
Kementerian tersebut turut menyatakan, cadangan yang diketengahkan syarikat itu adalah supaya harta pusaka terbabit boleh dipulangkan semula kepada rakyat.
“Daripada tersekat dan dibiarkan, harta pusaka ini sekali gus pulang ke dalam kitaran ekonomi dan menyumbang kepada hasil negara,” ujarnya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Jentik kemaluan dua murid, jurulatih mengaku tidak bersalah
- Pemilik restoran caj mahal didakwa Ekin rupanya makcik Linda Hashim
- Ketua Pemuda UMNO layak sertai kabinet Kerajaan Perpaduan
- Tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi sah ditarik balik
- Pemilihan Bersatu: Kumpulan Muhyiddin vs Kumpulan Hamzah
- Saman pakir kereta dihadpaan rumah sendiri, PBT jangan tekan rakyat
- PAS silap percaturan – Shahril Hamdan
- Bersemuka terus dengan mangsa kalau berani – Firdaus Wong
- View Chin sudah peluk Islam?
- Kisah benar wanita kandung anak jin di Terengganu
- Muhyiddin ‘bodohkan’ kerajaan
- Nadia Annuar bercerai lagi
- Isteri Mawi terkejut dicaj RM1200 untuk makanan laut di gerai
- Hael Husaini mengamuk di set, Sharnaaz bagi nasihat
- Faizal Hussain didakwa pegang tangan bekas penyampai berita terkenal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah
Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor