Adnan sindir Hamzah, saya tak pernah pening 36 tahun di Pelangai
Adnan sindir Hamzah, saya tak pernah pening 36 tahun di Pelangai
Bekas menteri besar Pahang Adnan Yaakob berkata dia tidak pernah pening dengan jalan raya di Pelangai sepanjang 36 tahun menjadi wakil rakyat di situ.
Adnan berkata demikian ketika membalas kritikan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkenaan keadaan jalan di Pelangai.
“Dia (Hamzah) baru sekali datang (Pelangai) dah pening. Saya 36 tahun wakil rakyat di sini, tak ada pening pun,” katanya ketika ditemui berkempen di Manchis, dekat Bentong, petang semalam.
Adnan berkata kerajaan sentiasa memperbaiki keadaan jalan di situ, menjadikannya jauh lebih baik berbanding dulu.
“Jalan ni dulu bengkang-bengkok tapi beransur-ansur dibesarkan, peruntukan (untuk DUN Pelangai) untuk baiki jalan adalah paling tinggi…pada awal 1980-an satu kilometer jalan (raya) yang menembusi hutan kosnya RM7 juta.
“Sekarang sudah semakin cantik..sebab itu saya ulang (menyatakan) pembangunan tak semestinya ada menara berkembar, Petronas atau KLIA di Pelangai,” katanya lagi.
Dalam ceramah semalam, Hamzah menceritakan pengalamannya yang pertama kali ke Pelangai.
Ketua pembangkang itu berkata, antara perkara pertama yang dicarinya apabila tiba adalah ubat Panadol selepas “tidak tahan” dengan jalan di situ.
“Saya hadir ke sini kerana nak melihat bagaimana rupa kampung Pelangai, tak pernah mari pun ke sini. Saya dari Karak sampai Chemomoi, rupanya susah nak mari ke sini.
“Soalan pertama saya pada (Pengerusi PN Pahang) Saifuddin (Abdullah), ada Panadol? Dia tanya kenapa nak panadol, (saya jawab) jalan pusing-pusing tak tahan rasanya,” katanya.
Hamzah juga dilaporkan mendakwa ada pihak yang mengugut penduduk setempat agar tidak menghadiri ceramah PN di situ.
“Ya saya dengar kata tadi (malam tadi) daripada rakan-rakan yang kata takut (kerana menerima) bermacam-macam ugutan. Pada saya ini (berkempen dan berceramah) adalah amalan demokrasi. Tak payah nak ugut sesiapa,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Adnan bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan membangkitkan kehadiran yang ramai di ceramah pemimpin utama PN.
“Saya tak dengar pula pengundi diugut, siapa nak pergi (ceramah PN) pergilah…hari tu Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor) datang beribu orang datang.
“(Ceramah Pengerusi PN) Muhyiddin Yassin datang pun ramai orang datang. Kalau kena ugut mana ada orang datang,” katanya lagi. Mk
Adnan sindir Hamzah, saya tak pernah pening 36 tahun di Pelangai
Baca Artikel Menarik:
- Jentik kemaluan dua murid, jurulatih mengaku tidak bersalah
- Pemilik restoran caj mahal didakwa Ekin rupanya makcik Linda Hashim
- Ketua Pemuda UMNO layak sertai kabinet Kerajaan Perpaduan
- Tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi sah ditarik balik
- Pemilihan Bersatu: Kumpulan Muhyiddin vs Kumpulan Hamzah
- Saman pakir kereta dihadpaan rumah sendiri, PBT jangan tekan rakyat
- PAS silap percaturan – Shahril Hamdan
- Bersemuka terus dengan mangsa kalau berani – Firdaus Wong
- View Chin sudah peluk Islam?
- Kisah benar wanita kandung anak jin di Terengganu
- Muhyiddin ‘bodohkan’ kerajaan
- Nadia Annuar bercerai lagi
- Isteri Mawi terkejut dicaj RM1200 untuk makanan laut di gerai
- Hael Husaini mengamuk di set, Sharnaaz bagi nasihat
- Faizal Hussain didakwa pegang tangan bekas penyampai berita terkenal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor