Teksi robot cetus kesesakan teruk selepas gagal berfungsi

Sejumlah teksi robot mencetuskan kesesakan jalan raya di Austin pada malam Sabtu lalu. – Foto Drive

Buat kali kedua dalam tempoh beberapa bulan, sejumlah teksi tanpa pemandu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dengan hampir 24 kenderaan itu terkandas di Austin, Texas dalam kejadian terbaharu pada malam Sabtu lalu, lapor laman berita Drive.

Menurut laman berita Electrek, sebuah teksi yang dikendalikan oleh syarikat teksi robot, Cruise dan dimiliki oleh syarikat automotif, General Motors bergerak berhampiran kampus Universiti Texas.

Namun, ia terhenti apabila salah satu kenderaan itu terkandas di satu persimpangan.

Ia kemudian tidak dapat keluar dari persimpangan tersebut, menyebabkan barisan robot teksi mula ‘berbaris’ di belakangnya sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Video kejadian itu telah dimuat naik ke laman perkongsian sosial, Reddit.

Jurucakap Cruise memberitahu Electrek bahawa kesesakan lalu lintas itu disebabkan oleh lencongan yang tidak dijangka pada laluan yang biasanya tidak dilalui kenderaan berkenaan.

Ia menyebabkan program pengaturcaraan komputernya tidak dapat mengubah haluan teksi robot tersebut dengan pantas.

“Kami mengutamakan keselamatan dalam setiap apa yang kami lakukan. Ia adalah persekitaran yang sesak dan mencabar serta tiada pejalan kaki, kenderaan atau kerosakan harta benda.

“Kami telah mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan kesesakan di kawasan itu,” kata kenyataan dikeluarkan Cruise. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker