Masalah Jerebu: ‘Saya rasa patut kita saman Indonesia’ – KJ

SHAH ALAM – Kerajaan perlu mengenakan tindakan saman kepada Indonesia berhubung situasi jerebu rentas sempadan yang didakwa berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di negara berkenaan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan tegas perlu diambil selaras dengan dasar undang-undang antarabangsa di mana melarang segala aktiviti yang memudaratkan negara lain

“Saya rasa patut kita saman mereka (Indonesia) sebab kalau ikut undang-undang antarabangsa sama ada berteraskan kepada amalan ataupun kepada triti yang ‘explicit’ (jelas).



“Maknanya dalam usaha kita memajukan negara, kita tidak boleh memudaratkan negara lain, itu memang ada dalam undang-undang antarabangsa. Mesti ada penalti terhadap isu tersebut.

“Ya walaupun kita ada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan tetapi tidak ada satu penalti kepada negara yang tidak mengikut perjanjian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Program Podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan bersama Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Rabu

Pada Rabu, Malaysia telah menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP), kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.



Beliau berkata, surat berkenaan telah dihantar kepada rakan sejawatnya di Indonesia susulan arahan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam supaya penyelarasan dibuat dengan rakan sejawat dalam ASEAN bagi menyelesaikan masalah jerebu merentas sempadan.

Selain itu, ujar Khairy Jamaluddin, pendekatan lebih tegas termasuk melalui kaedah diplomasi perlu ditunjukkan oleh pimpinan kerajaan termasuk daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

“Kita tidak boleh ikut ‘ASEAN way’, sebab cara itu lah yang menyebabkan kita bersesak nafas di Malaysia disebabkan kebakaran yang berlaku di Indonesia.

“Dan kalau ada syarikat Malaysia di Indonesia yang didakwa melakukan kebakaran, tolong ambil tindakan terhadap mereka.



“Jangan sampai kita terpaksa ambil ‘state-to-state action’. Saya rasa tindakan itu susah kalau kita nak bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa,” jelasnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker