Suspek samun rokok, wang RM230 kedai serbaneka diberkas

Seorang penganggur diberkas polis bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kampung Losong Mat Shafie di sini hari ini.

Suspek berusia 27 tahun tersebut ditahan di Jalan Losong Masjid di sini iaitu kira-kira 1.1 kilometer daripada lokasi kejadian pada pukul 4.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, suspek disyaki telah menyamun kedai serbaneka 24 jam itu pada pukul 5.15 pagi.



“Suspek yang berpakaian penutup separuh muka sambil bersenjatakan sebilah pisau telah melarikan wang tunai RM230 dan beberapa kotak rokok.

“Sewaktu kejadian, seorang pelanggan wanita berusia 28 tahun dan seorang pekerja kedai berusia 20 tahun berada di dalam premis tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, kedua-dua mangsa sempat keluar bagi menyelamatkan diri sebaik suspek memasuki kedai serbaneka 24 jam berkenaan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker