Penjara dan rotan ke atas kartel yang manipulasi bekalan beras – Ketua Pemuda UMNO
Kerajaan disaran menilai semula hukuman yang perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak atau kartel yang ‘mengkhianati’ subsidi diberikan kepada rakyat dengan memanipulasi bekalan beras dalam negara.
Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berkata hukuman lebih berat seperti sebatan atau penjara sewajarnya dikenakan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab supaya ia dapat memberi pengajaran kepada pihak lain.
“Jika kita lihat hukuman paling tinggi yang ada pada hari ini ialah sekadar kompaun dan ia masih mampu dibayar mereka walaupun denda dikenakan mencecah RM100,000 jika melakukan kesalahan tersebut.
“Tindakan ini bukanlah semata-mata untuk menghukum, namun lebih kepada memberi peringatan kepada mereka agar jangan ada yang berani mengambil kesempatan dengan mengkhianati subsidi sedangkan rakyat tertekan dan sukar mendapatkan bekalan beras,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas program Pelepasan Benih Ikan dan Udang Galah di perairan Sungai Melaka, Kampung Gangsa di Durian Tunggal, hari ini yang turut dihadiri Timbalan Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Low Chee Leong.
Dalam pada itu, Dr Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata Melaka telah mendapat tambahan sebanyak 300 tan metrik beras tempatan dan baki 200 tan metrik akan diterima selewat-lewatnya pada minggu depan.
Beliau berkata pada minggu ini juga bekalan beras tempatan akan dijual di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) selain pasar raya dan kedai runcit di negeri bagi memudahkan rakyat mendapatkan bekalan.
“Tiada pembelian panik berlaku di Melaka kerana kalau kita lihat bekalan beras tempatan pun sukar didapati, cuma saya minta rakyat Melaka tidak membeli beras dalam kuantiti banyak dan saya rasa 10 kilogram itu cukup untuk menampung dalam tempoh seminggu, selain memberi peluang kepada orang lain untuk membeli sama,” katanya.
– Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tribute To Mael, XPDC ‘mengamuk’ di Singapura
- Meet Uncle Hussain angkut Cliff Umar dan Hazama masuk DFP
- Suami Noniswara meninggal dunia
- Mahkamah tolak permohonan Mahathir arah Anwar kemuka dokumen
- GV10 : Cliff Umar, Suki Low tersingkir awal
- Arnab Kangkang Dania, kena cuba
- Azeem usah terlepas pandang Lalu Muhammad Zohri
- Anak lemas jatuh kolam pancing, bapa menangis menyesal tidak terhingga
- Harta saya bernilai RM2.3 billion tidak diperlukan oleh anak-anak – Mick Jagger
- Zahid ‘Pulang paku buah keras’ pada PAS
- “Kaki saya saiz 11,” Kak KM cabar ‘penyodol’ agar cuba sondol suaminya
- Anak jururawat maut ditikam mencari ibunya
- Lepas kecoh, Marissa buat video tutorial mekap pula
- Zara Zya sudahlah cantik, baik hati pula
- Nabil perjelas isu Mamat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik
You must be logged in to post a comment.