Muhyiddin ‘bodohkan’ kerajaan

Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin membidas kegagalan kerajaan menangani krisis kekurangan beras serta menangani kenaikan harga barang ketika ini.

Jelas Muhyiddin kekurangan beras, telur dan kekosongan jawatan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup membuktikan kecelaruan kerajaan pimpinan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Tapi hari ini dibaca berita Haji Mat Sabu (Mohamad Sabu) menteri apa?



“Menteri naik lembu?…memberitahu perdana menteri dia sedang menguruskan bekalan (beras) ini menerusi Fama. Dan tak ada kenyataan perdana menteri (Anwar Ibrahim) kata tak betul.

“Kalau saya jadi perdana menteri…saya sudah kata tak betul sebab ini bukan kerja Fama.

“…Sekarang saya nak tanya, siapa menteri perdagangan dan hal ehwal pengguna? Yang baru meninggal Datuk Seri Salahuddin Ayub, tapi sampai sekarang tidak diisi.

“Ini krisis, takkan perdana menteri nak memangku jawatan itu, lantiklah ahli-ahli Parlimen yang layak dan sesuai,” katanya ketika ceramah di Felda Chemomoi, dekat Bentong, malam tadi.



Hadir sama Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tambah Muhyiddin lagi, jika Fama menguruskan beras, pihak mana yang akan mengambil alih tugas untuk memasasrkan sayur daripada pekebun tempatan.

“Saya sebutkan itu…itu satu langkah bodoh, jarang saya cakap orang bodoh,” katanya lagi.

Jawatan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara Hidup kosong setelah Salahuddin meninggal dunia pada Jul.



Sehingga kini jawatan itu masih belum diisi, namun tugas itu dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd. Ali.

Sebelum ini, perdana menteri, berkata dia belum mempunyai keputusan berhubung rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya akan membawa perkara itu kepada pengetahuan Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, tidak pernah dalam sejarah negara Fama menghantar beras.



Katanya lagi, meskipun bersifat sementara ia adalah sesuatu yang tidak kena.

“Mana ada kerja Fama bekal beras? Tuan-tuan ada dengar tak? Kalau bekal sayur, kelapa ada, tapi tidak pernah masuk senarai beras. Beras adalah makanan ruji.

“Tapi tidak pernah menjadi masalah sebab sistem penghantaran sudah lama, bukan setahun tapi 30-40 tahun.

“Nanti (Fama) tidak boleh hantar sayur sebab nak hantar beras. Jadi masalah kepada petani lain, siapa nak bekal dan urus bekalan daripada petani,” dakwa Muhyiddin.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker