Tangan penumpang tersekat dalam pemegang cawan pesawat

Seorang penumpang pesawat berdepan detik cemas apabila tangannya tersekat di dalam lubang pemegang cawan tempat duduk ketika menaiki penerbangan dari Singapura menuju Vietnam, lapor portal berita Mothership hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, warga Singapura  dikenali sebagai Abraham, 29, itu dirakam sedang bergelut untuk mengeluarkan tangannya daripada  tempat letak cawan tersebut.

Rakannya, Darshen, merakam video kejadian sebelum dia memanggil pramugari bagi membantu Abraham.



Pramugari tersebut  cuba membantu mengeluarkan tangan Abraham, namun gagal.

Abraham meminta agar dia diberikan mentega untuk digunakan sebagai pelincir bagi mengeluarkan tangannya, namun pramugari berkenaan memberitahu bahawa dia tidak mempunyai mentega.

“Sejujurnya, ia berlaku disebabkan idea dia sendiri. Dia tertanya-tanya sama ada tangannya muat untuk dimasukkan ke dalam pemegang cawan itu, namun akhirnya tersekat,” kata Darshen pada hantaran video tersebut.

Tambah Darshen, situasi cemas itu berlaku selama kira-kira 10 minit sebelum Abraham akhirnya dapat mengeluarkan tangannya secara normal.



“Terdapat seorang lelaki duduk di hadapan kami. Dia terkejut dan menyangka Abraham bergurau. Dia kemudian menyuruh Abraham berdiri,” kata Darshen.

Menurutnya, selepas mengikuti arahan tersebut dan mencuba sedaya upaya, Abraham akhirnya berjaya mengeluarkan tangannya daripada  pemegang cawan itu. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker