Sambutan ceramah PN hambar di Pelangai

Sambutan ceramah PN hambar di Pelangai

Perikatan Nasional (PN) dilihat masih gagal mencapai rentak yang diharapkan selepas seminggu kempen PRK DUN Pelangai berlangsung.

Ceramah yang dianjurkan PN sehingga kini masih tidak mendapat sambutan memberangsangkan meskipun menampilkan pemimpin utama.

Malam tadi di Dataran Purnama, Simpang Pelangai, ceramah mega Pentas Anak Muda PN hanya dihadiri hampir 200 termasuk polis serta petugas parti.

Pentas Anak Muda yang turut dihadiri calon PN, Kasim Samat itu majoritinya dihadiri pengundi bukan daripada kalangan anak muda.

Sebanyak lapan buah khemah disediakan dan berdasarkan pemerhatian banyak kerusi kosong di bawah khemah.

Antara ahli panel utama yang menyampaikan ceramah malam tadi ialah, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta Timbalan Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Azamudden.

Sebelum ini ceramah yang diadakan PN di Felda Chemomoi juga kurang mendapat sambutan warga peneroka ataupun pengundi di kawasan itu.

Banyak kerusi yang disediakan penganjur untuk ceramah itu kosong.

Ceramah kempen PRK DUN Pelangai itu diadakan berhadapan dengan tapak pasar malam Felda Chemomoi.

Ceramah itu turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pimpinan utama PN.

Selasa ini Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dijadualkan akan turun berkempen di Pelangai, kemudiannya disusuli oleh pemimpin utama lain seperti Hamzah Zainudin dan Radzi Jidin. Mk

Sambutan ceramah PN hambar di Pelangai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker