Pendidikan universiti percuma di Sarawak mula 2026
Hanya untuk anak jati Sarawak
Pendidikan universiti percuma di Sarawak mula 2026
Pendidikan percuma peringkat universiti dan pusat pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak untuk anak jati negeri itu dijangka dapat dilaksanakan pada 2026, kata Premiernya Abang Johari Openg.
Beliau berkata, unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 memberi beliau keyakinan untuk menetapkan jangkaan itu dimulakan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) oleh kerajaan negeri.
“Saya boleh katakan 2026 (untuk menyediakan pendidikan universiti percuma) sebab saya telah congak-congak kekuatan ekonomi kita akan lebih kuat pada 2026.
“Kalau 2022, pendapatan negeri dah bertambah hingga (RM)12 bilion, pengiraan (saya) tahun ini kemungkinan kita memecahkan rekod (pendapatan) 2022,” katanya.
Berucap pada majlis penutupan Pesta Benak Edisi ke-20 di sini hari ini, beliau berkata, hasrat menyediakan pendidikan tinggi percuma ini adalah untuk memastikan lebih ramai lagi anak Sarawak berkelayakan dan berkemampuan menggunakan teknologi baharu untuk memacu pembangunan negeri.
“Kita sudah ada ‘sovereign fund’ (dana berdaulat) untuk masa depan kita dan bakinya akan kita tumpukan kepada pendidikan anak-anak kita, selain memantapkan ekonomi serta membangunkan lagi infrastruktur kita,” katanya.
Sementara itu, Abang Johari berkata, satu kawasan antara bahagian Samarahan dan Sri Aman telah dikenal pasti untuk pelaksanaan penanaman padi berskala besar menggunakan teknologi terkini.
Beliau berkata, langkah itu juga merupakan pendekatan jangka panjang bagi memastikan Sarawak tidak berdepan kekurangan bekalan beras tempatan.
“Kita (kerajaan Sarawak) sudah ada dasar mengeluarkan beras menggunakan teknologi baru, anak benih baharu. (Kita tidak mahu) apabila beras dah kurang, barulah nak berkira (untuk mengadakan dasar pengeluaran beras),” katanya. FMT
Pendidikan universiti percuma di Sarawak mula 2026
Baca Artikel Menarik:
- Ramai orang terkejut matahari bertukar warna biru
- Permohonan ‘Notis Merah’ Interpol terhadap menantu Muhyiddin hampir sempurna
- Ada nampak saya pegang botol arak? – Syasya Dolla
- Sokongan pada BN di Pelangai belum memuaskan – Wan Rosdy
- MoF akan serah semula aset TH – Anwar
- AGT 2023, anjing juara, Simon tetap bangga dengan Putri Ariani
- Azira Shafinaz bakal nikah
- Artis ada hak, bukan mengemis – Altimet
- Simpan duit bayar saman – Puteri Sarah
- Zii Jia buat hal di Hangzhou
- Akmal bidas Lian Ker, saya jaga rakyat bukan tauke besar
- Mamat ingatkan Nabil hati-hati bergurau
- Serabut tengok Nabil, Elly, Jihan kendalikan GV10
- Duda jutawan intai selebriti isteri orang
- Azeem Fahmi bakal disahkan sebagai Raja pecut di Sukan Asia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara
You must be logged in to post a comment.