Jenazah jururawat maut ditikam suami selamat dikebumikan

Jenazah jururawat yang maut ditikam suami dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Haji Talib, Kampung Paya Tengah, Beseri dekat Padang Besar untuk dikebumikan.

 

Jenazah jururawat yang maut ditikam suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keluarga Haji Talib, Kampung Paya Tengah di Beseri, dekat sini hari ini.

Suasana sayu menyelubungi kawasan tanah perkuburan itu yang dihadiri kira-kira 100 orang saudara mara dan kenalan rapat Allahyarham.

Jenazah tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 5.20 petang dan selamat dikebumikan kira-kira 25 minit kemudian.



Terdahulu, jenazah Allahyarham berusia 31 tahun dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi menjalani proses bedah siasat susulan kejadian tersebut.

Jenazah kemudian dibawa pulang ke rumah bapanya di Kampung Paya Tengah untuk disembahyangkan sebelum disemadikan selepas solat asar.

Kedua-dua anak Allahyarham yang masing-masing berusia enam dan lapan tahun turut hadir ke tanah perkuburan berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir.

Dalam pada itu, bapa mangsa berusia 64 tahun berkata, penjagaan kedua-dua cucunya itu masih belum diputuskan lagi setakat ini.



Katanya, pihaknya akan bertemu dengan keluarga besannya selepas ini bagi membincangkan mengenai perkara itu.

“Kami akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi membincangkan lanjut mengenai penjagaan cucu,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga bersyukur upacara pengurusan dan pengebumian anaknya berjalan lancar.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar bermula daripada proses bedah siasat sehingga pengebumian,” katanya.



Dalam kejadian semalam, seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) maut ditikam suaminya dipercayai akibat cemburu di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau dekat sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, selepas menikam mangsa, suspek memindahkan isterinya yang tidak sedarkan diri ke dalam bilik tidur utama rumah berkenaan dan menghantar anak-anak mereka ke pengasuh sebelum menyerahkan diri kepada polis.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker