Anwar turun kempen calon BN di Pelangai esok

Anwar turun kempen calon BN di Pelangai esok

Setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Md Akin mengesahkan Anwar Ibrahim akan menyertai kempen pilihan raya kecil (PRK) Pelangai, esok.

Dia berkata, perdana menteri akan menghadiri dua program di kawasan Felda sekitar Pelangai bagi membantu calon BN, Amizar Abu Adam.



“Esok perdana menteri akan turun di kawasan Felda, satu program bersama usahawan ataupun mereka yang menerima (dana) Amanah Ikhtiar,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kempen PRK Pelangai dan pembabitan jentera PKR dalam membantu calon BN di situ.

Difahamkan Anwar juga akan menyertai ceramah mega perpaduan Madani di Dataran Simpang Pelangai jam 8.30 malam esok.

Berdasarkan poster ceramah itu, antara pimpinan dijangka hadir adalah Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Parti Demokratik Progresif, Tiong King Sing.



Terdahulu Shamsul Iskandar merasmikan Karnival Wanita Madani di Kuantan, Pahang, yang disertai kira-kira 500 usahawan dan agensi kerajaan.

Ketika ditanya mengenai peluang calon ditampilkan Kerajaan Perpaduan dalam PRK itu, dia berkata kelebihan masih dimiliki calon BN kerana kawasan berkenaan adalah kawasan ‘selamat’.

ADS

Katanya meskipun terdapat kira-kira 7,000 pengundi di kawasan Felda yang merupakan kubu BN, namun bilangannya hampir sama dengan pengundi luar.



“Jadi pada saya ia bukan juga satu pertempuran atau pilihan raya yang mudah untuk kerajaan perpaduan.

“Kita bekerja keras kerana kita mahukan kesinambungan selepas di Johor (Pulai dan Simpang Jeram), sekarang di Pahang (Pelangai), selepas ini di Sarawak (DUN Jepak) dan lepas itu di Kemaman.

“Jadi kita harap ada kesinambungan itu supaya berterusan keyakinan kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya lagi.

Kerusi Pelangai diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya daripada BN, Johari Harun yang terbabit dalam nahas pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina di Shah Alam pada 17 Ogos lalu.



PRK Pelangai menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon BN, Amizar Abu Adam; calon Perikatan Nasional, Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli. Mk

Anwar turun kempen calon BN di Pelangai esok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker