Anak jururawat maut ditikam mencari ibunya

Anak jururawat maut ditikam mencari ibunya

ALOR SETAR: “Anak-anak arwah adik belum mengetahui kejadian sebenar berlaku pada ibu mereka dan mungkin akan tahu bila jenazahnya pulang untuk dikebumikan hari ini,” kata Melati Abu Bakar, 39.

Melati adalah kakak kepada Munirah Abu Bakar, 31, jururawat yang maut selepas ditikam suaminya di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis, semalam.

Beliau yang menjaga kedua-dua anak mangsa berusia lapan dan enam tahun itu hanya akan memberitahu perkara sebenar apabila jenazah adiknya dibawa pulang untuk dikebumikan hari ini.

“Mereka belum tahu hal sebenar dan kami hanya akan beritahu apabila jenazah dibawa pulang nanti.

“Anak sulung arwah ada tertanya-tanya juga, Mana mama?. Mama tak balik kerja lagi?.

“Mereka mungkin menganggap ibu mereka masih di tempat kerja dan belum pulang,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.

Melati berkata, dia bersama bapa mereka, Abu Bakar Senapi, 64, datang ke HSB awal pagi tadi untuk melakukan proses pengecaman mayat Munirah sebelum proses bedah siasat dilakukan.

Katanya, keluarga mereka masih terkejut dengan tragedi yang menimpa anak kelima daripada enam beradik itu namun reda dengan takdir berkenaan.

“Kami sudah memaafkan suspek yang dianggap seperti keluarga sendiri, tetapi berat nak cakap hal perasaan kami sekeluarga sebab memang rasa ‘sakit’ tetapi kami sudah maafkan suaminya itu.

“Cuma kami minta kalau ada keputusan (mahkamah) nanti biarlah dia (suspek) diadili seadil-adilnya,” katanya.

Beliau berkata, kali terakhir mereka sekeluarga bertemu dengan mangsa pada Ahad lalu ketika Munirah datang makan tengah hari bersama keluarganya.

“Arwah ketika itu langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda dan kelihatan ceria seperti selalu. Arwah adik memang seorang yang ceria dan tidak pernah memberitahu apa-apa berkaitan masalah rumah tangganya.

“Mereka sudah hampir 10 tahun berkahwin, kalau bergaduh sikit-sikit itu biasalah. Suaminya juga baik dengan kami sebab itu kami semua terkejut dengan kejadian yang menimpa Munirah itu,” katanya memaklumkan mereka sekeluarga mengetahui tragedi itu sekitar jam 1 tengah hari semalam.

Melati berkata, setakat ini mereka belum memutuskan mengenai hal penjagaan kedua-dua anak pasangan berkenaan.

“Jenazah adik akan dikebumikan di Kampung Paya Tengah Beseri di Perlis selepas urusan bedah siasat selesai,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar maut ditikam suaminya, semalam.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang disyaki menikam isterinya itu di kediaman pasangan berkenaan di Jalan Padang Nyu semalam dan direman hari ini untuk membantu siasatan. BH

Anak jururawat maut ditikam mencari ibunya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker