Pemandu Toyota Corolla terjun Jambatan P. Pinang

Kereta Toyota Corolla yang ditinggalkan mangsa sebelum dipercayai bertindak terjun di KM 6.8 Jambatan Pulau, menghala ke pulau, malam tadi.

Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dipercayai bertindak terjun di Kilometer 6.8, Jambatan Pulau Pinang di sini, dari arah Perai menghala ke pulau, malam tadi.

Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an itu telah meninggalkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla di tepi tembok jambatan terbabit.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 11.15 malam dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan apsukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

“Apabila pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian, dipercayai terdapat seorang mangsa telah terjun ke dalam laut dan mangsa telah meninggalkan kenderaan kereta jenis Toyota berwarna putih.



“Kerja – kerja mencari dan menyelamat dilakukan serta ditangguhkan disebabkan faktor cuaca dan laut bergelora.

“Hasil perbincangan bersama agensi lain, operasi pencarian akan disambung semula pada pukul 8 pagi ini,” katanya di sini, hari ini.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker