Jaga kawasan sendiri dulu Sanusi

Jaga kawasan sendiri dulu Sanusi

Jaga dahulu rakyat sendiri – itu pesanan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kepada Menteri Besar Kedah merangkap Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi Md Nor.

Ditemui media di Felda Chemomoi hari ini, Ahmad Zahid berkata pagi tadi ada lebih 1,400 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di pelbagai lokasi Kedah.

Semua mangsa itu, kata Ahmad Zahid, perlukan perhatian Sanusi selaku menteri besar berbanding sibuk berkempen di Pelangai.

“Saya doakan (masalah) 1,452 mangsa banjir di Kedah terdiri daripada lebih 400 keluarga akan dapat ditangani MB Kedah dan beliau boleh berikan perkhidmatan yang terbaik (kepada mereka).

“Janganlah sibuk di kawasan orang lain dan jagalah rakyat sendiri terlebih dulu,” katanya.

Pagi tadi media melaporkan beberapa daerah dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan sehingga memaksa lebih 1,500 penduduk setempat berpindah ke PPS berhampiran.

Sanusi adalah antara tokoh kanan PN yang giat berkempen di Pelangai bagi cuba memenangkan calon mereka, Kasim Samat, dalam PRK dijadual pada Sabtu depan.

Kasim berdepan dengan persaingan tiga penjuru. Dua lagi calon yang bertanding ialah ahli Jawatankuasa Umno Bentong, Amizar Abu Adam (BN) dan calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Sanusi dijadual akan muncul sekali lagi di Pelangai pada Sabtu ini untuk berceramah bersama dua bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi PN.

Terdahulu dalam ucapannya Ahmad Zahid turut membidas Sanusi kerana sibuk dengan berkempen di Pelangai ketika Kedah dilanda bencana.

Dalam keadaan begitu, katanya, lebih baik pemimpin dan ahli parti PN kembali membantu mangsa banjir di negeri masing-masing kerana rakyat di situ memerlukan mereka.

“Kita juga nak tengok sejauh mana mereka boleh buat untuk membantu rakyat,” katanya.

Pada masa sama timbalan perdana menteri itu berharap pengundi di Pelangai tidak terpengaruh dengan naratif kempen PN yang didakwanya hanya cuba memecahbelahkan rakyat.

Para pengundi, menurut Ahmad Zahid, perlu mengundi Amizar bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan yang baik apabila wakil rakyat mereka sehaluan dengan kerajaan Pahang dan Putrajaya. Mk

Jaga kawasan sendiri Dulu Sanusi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker