Sokongan pada BN di Pelangai belum memuaskan – Wan Rosdy
Sokongan pada BN di Pelangai belum memuaskan – Wan Rosdy
Berdasarkan laporan yang diterima sokongan pengundi di Pelangai pada masa ini masih belum memihak kepada BN, kata Pengarah Pilihan Raya, Wan Rosdy Wan Ismail.
Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan itu sekadar perang saraf untuk memastikan jentera BN bekerja lebih keras, namun Menteri Besar Pahang itu berkata sokongan kepada BN “belum memuaskan lagi”.
“…Selaku pengarah pilihan raya saya mendapat banyak laporan dan laporan yang saya terima hari ini masih tidak memihak kepada kita.
“Setakat hari ini keadaan tidak begitu memuaskan lagi. Atas kertas memang bersama dengan kita. Tetapi politik ini dia sangat anjal.
“Kalau ada kesilapan atau kita kurang bekerja ataupun kita rileks sangat akan beralih sokongan kepada orang lain,” katanya kepada jentera BN di Kampung Jawi Jawi dekat Bentong, semalam.
Hadir sama Ahli Parlimen Bentong, Young syefura Othman dan calon BN, Amizar Abu Adam.
PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya Johari Harun dalam nahas pesawat ringan yang di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Okt sebagai hari pengundian bagi memilih wakil rakyat baru kawasan itu.
Pilihan raya kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, PN dan Bebas.
Pada pilihan raya umum lalu Allahyarham Johari memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).
Yakin pengundi bukan Melayu akan undi BN
Sementara itu Wan Rosdy yang juga Naib Presiden Umno berharap calon BN dapat memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti lebih tinggi.
Katanya, majoriti yang dicapai sebelum ini ketika BN bergerak sendirian dan kini parti bersama Pakatan Harapan (PH).
Tambahnya lagi, dia yakin sokongan pengundi bukan Melayu lebih 4,000 di Pelangai akan memihak kepada BN.
“Saya sangat yakin pengundi bukan Melayu, Cina dan India ada lebih 4,000 mereka ini akan mengundi kita.
“Tetapi apa persoalannya… persoalannya kemungkinan mereka tidak keluar dan ada daripada (mereka) di luar Pelangai, itu masalah dia.
“Apa kita nak buat? Kita kena pergilah, kita kena cari jalan nak keluarkan mereka,” katanya.
Wan Rosdy berkata dia sendiri akan bergerak untuk membawa keluar pengundi pada 7 Okt nanti. Mk
Sokongan pada BN di Pelangai belum memuaskan – Wan Rosdy
Baca Artikel Menarik:
- Ruhil Amani sudah bercerai
- Akmal dibidas ahli MCA ugut pengilang beras
- Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
- Khairul Aming tiada aset kecuali kereta Bezza
- Rashid merajuk balik Sarawak?
- Siap untuk kena saman
- Khairy setuju pencen penjawat awam, MP dimansuhkan
- PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan
- Ustaz Derry dakwa Mondy hanya mahu duit
- Howard mohon maaf selepas polis ambil keterangan
- Netizen cabar Abang Tesla tambah dua lagi selepas bertemu Baby Shima dan Mondy
- Perbicaraan Ebit Lew jadi sesi bertikam lidah
- Majlis perkahwinan terbakar, 100 disahkan maut 150 tetamu cedera
- Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan
- Soalan tiada akidah! Cikgu Fadli Salleh bidas pengubal silibus Matematik Tahun 3
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.