9 penculik dengan wang tebusan sebanyak RM540,000 dihadapkan ke mahkamah

Seramai sembilan individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menculik seorang wanita warga Indonesia yang juga isteri kepada seorang kontraktor, tiga minggu lalu.

Tertuduh ialah Mohamad Noor Shahrizuan Hashin, Tan Gim Chun, C. Youganathan, Elaine Gooi Swee May, Lok Wai Lun, Haffizan Samsudin dan Noorazlin Mat Kasa serta dua warga Indonesia iaitu Yussuf Bahtiar Dan Agong Laksono.

Kesemua mereka mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi.



Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan daripada kesemua tertuduh yang berusia antara 29 hingga 41 tahun itu.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama menculik seorang wanita warga Indonesia berusia 36 tahun dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM540,000 di sebuah blok di Pangsapuri Sri Aman, Paya Terubong di sini, kira-kira pukul 7 pagi, 7 September lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dengan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 40 tahun dan sebatan jika disabit bersalah.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Darrshini manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Chiang Kan Hong.



Mahkamah kemudian menetapkan kesemua tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan dan ditempatkan di Penjara Reman Pulau Pinang. Kes disebut semula pada 11 Disember depan.

Baru-baru ini, Kosmo! Online melaporkan, seorang wanita warga Indonesia berdepan pengalaman ngeri ketika bercuti di negeri ini apabila dia menjadi mangsa culik selama 10 hari angkara hutang suami berjumlah RM540,000.

Selain dikurung, wanita tersebut turut diikat dengan rantai besi, didera termasuk dicucuh dengan puntung rokok dan dicucuk jarum selain disebat menggunakan paip getah.

Penderitaan mangsa bagaimanapun berakhir selepas dia berjaya diselamatkan polis dalam satu operasi khas Op Scorpion Rantai Penang di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor, 17 September lalu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker