9 penculik dengan wang tebusan sebanyak RM540,000 dihadapkan ke mahkamah
Seramai sembilan individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menculik seorang wanita warga Indonesia yang juga isteri kepada seorang kontraktor, tiga minggu lalu.
Tertuduh ialah Mohamad Noor Shahrizuan Hashin, Tan Gim Chun, C. Youganathan, Elaine Gooi Swee May, Lok Wai Lun, Haffizan Samsudin dan Noorazlin Mat Kasa serta dua warga Indonesia iaitu Yussuf Bahtiar Dan Agong Laksono.
Kesemua mereka mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan daripada kesemua tertuduh yang berusia antara 29 hingga 41 tahun itu.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama menculik seorang wanita warga Indonesia berusia 36 tahun dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM540,000 di sebuah blok di Pangsapuri Sri Aman, Paya Terubong di sini, kira-kira pukul 7 pagi, 7 September lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dengan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 40 tahun dan sebatan jika disabit bersalah.
Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Darrshini manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Chiang Kan Hong.
Mahkamah kemudian menetapkan kesemua tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan dan ditempatkan di Penjara Reman Pulau Pinang. Kes disebut semula pada 11 Disember depan.
Baru-baru ini, Kosmo! Online melaporkan, seorang wanita warga Indonesia berdepan pengalaman ngeri ketika bercuti di negeri ini apabila dia menjadi mangsa culik selama 10 hari angkara hutang suami berjumlah RM540,000.
Selain dikurung, wanita tersebut turut diikat dengan rantai besi, didera termasuk dicucuh dengan puntung rokok dan dicucuk jarum selain disebat menggunakan paip getah.
Penderitaan mangsa bagaimanapun berakhir selepas dia berjaya diselamatkan polis dalam satu operasi khas Op Scorpion Rantai Penang di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor, 17 September lalu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ruhil Amani sudah bercerai
- Akmal dibidas ahli MCA ugut pengilang beras
- Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
- Khairul Aming tiada aset kecuali kereta Bezza
- Rashid merajuk balik Sarawak?
- Siap untuk kena saman
- Khairy setuju pencen penjawat awam, MP dimansuhkan
- PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan
- Ustaz Derry dakwa Mondy hanya mahu duit
- Howard mohon maaf selepas polis ambil keterangan
- Netizen cabar Abang Tesla tambah dua lagi selepas bertemu Baby Shima dan Mondy
- Perbicaraan Ebit Lew jadi sesi bertikam lidah
- Majlis perkahwinan terbakar, 100 disahkan maut 150 tetamu cedera
- Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan
- Soalan tiada akidah! Cikgu Fadli Salleh bidas pengubal silibus Matematik Tahun 3
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu
You must be logged in to post a comment.