Jangan hancurkan negara dengan fitnah, kata dusta – Agong
Jangan hancurkan negara dengan fitnah, kata dusta – Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat menerapkan akhlak mulia dalam pertuturan dengan menutur bicara kebenaran, bersikap jujur serta menjauhi fitnah, kata-kata dusta dan pembohongan.
Dalam titah baginda bersempena sambutan Maulidul Rasul Peringkat Kebangsaan tahun ini, Baginda mengajak masyarakat untuk bersama mencontohi akhlak warisan maknawi Rasulullah SAW yang amat bernilai dan istimewa.
Baginda bertitah, setiap baris-baris tutur kata Radulullah SAW disulami dengan penuh kesantunan dan memancarkan keperibadian mulia serta hormat kepada teman bicara.
“Baginda tidak berbicara kecuali dalam hal yang bermanfaat dan tidak pernah menuturkan tipu daya, apatah lagi nista kepada pengikut mahupun penentangnya.
“Hakikatnya, perkataan yang kurang elok, sama ada ketika tutur bicara mahu pun ketika menulis di media sosial, kata-kata berbentuk cacian, nista dan dusta serta fitnah akan hanya menggugat kestabilan dan keharmonian negara tercinta,” titahnya.
Al-Sultan Abdullah turut menyeru agar mengambil iktibar dengan kejatuhan serta keruntuhan tamadun dan kuasa besar dunia akibat daripada budaya fitnah yang mendominasi dan membarah dalam kehidupan bangsanya.
Titah baginda, selepas kewafatan Rasulullah SAW, fenomena fitnah membawa kepada peristiwa amat tragis dalam sejarah Islam menerusi pembunuhan khalifah ketiga, Saidina Uthman bin Affan.
“Demikian hebat hakikat fitnah dan tipu daya yang bukan sahaja telah menumpahkan darah seorang pemimpin Islam yang agong, malah turut menghancurkan keharmonian dan kestabilan sebuah negara.
“Kerana itu Allah SWT mengingatkan seluruh umat Islam untuk menghindari serta menjauhi orang-orang yang tidak bercakap benar,” titah baginda.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut hadir pada majlis berkenaan.
Sambutan dengan tema ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ adalah merupakan manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan kepada umat Islam termasuk masyarakat bukan islam di negara ini. Utusan
Jangan hancurkan negara dengan fitnah, kata dusta – Agong
Baca Artikel Menarik:
- Ruhil Amani sudah bercerai
- Akmal dibidas ahli MCA ugut pengilang beras
- Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
- Khairul Aming tiada aset kecuali kereta Bezza
- Rashid merajuk balik Sarawak?
- Siap untuk kena saman
- Khairy setuju pencen penjawat awam, MP dimansuhkan
- PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan
- Ustaz Derry dakwa Mondy hanya mahu duit
- Howard mohon maaf selepas polis ambil keterangan
- Netizen cabar Abang Tesla tambah dua lagi selepas bertemu Baby Shima dan Mondy
- Perbicaraan Ebit Lew jadi sesi bertikam lidah
- Majlis perkahwinan terbakar, 100 disahkan maut 150 tetamu cedera
- Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan
- Soalan tiada akidah! Cikgu Fadli Salleh bidas pengubal silibus Matematik Tahun 3
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’
Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan