‘Runner’ rogol wanita lembam didakwa
‘Runner’ rogol wanita lembam didakwa
Muar: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan seks oral terhadap wanita lembam di sebuah rumah sewa dalam daerah ini, Jun lalu.
Tertuduh, Shamsuddin Ahmad, 32, yang bekerja sebagai ‘runner’ di sebuah firma guaman bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa berusia 30 tahun di rumah sewanya antara jam 12 tengahari hingga 1 petang, 13 Jun lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Untuk pertuduhan kedua pula, Shamsuddin didakwa meminta mangsa melakukan seks oral di tempat dan waktu yang sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C kanun sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa mempelawa mangsa datang ke rumahnya untuk menyelesaikan kes kemalangan.
Bagaimanapun, tertuduh sebenarnya berniat tidak baik sebelum bertindak merogol mangsa. Pada masa sama, tertuduh juga mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh diwakili Syajana Mohd Soffian.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kertas siasatan yang dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya berjaya memperoleh arahan pertuduhan terhadap suspek.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil faktor termasuk keadaan mangsa.
Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Selain, tertuduh juga dikenakan syarat untuk melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar serta tidak boleh mengganggu mangsa atau mendekati saksi perbicaraan kes ini.
Mahkamah menetapkan 30 Oktober ini untuk sebutan semula kes. HM
‘Runner’ rogol wanita lembam didakwa
Baca Artikel Menarik:
- Ruhil Amani sudah bercerai
- Akmal dibidas ahli MCA ugut pengilang beras
- Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
- Khairul Aming tiada aset kecuali kereta Bezza
- Rashid merajuk balik Sarawak?
- Siap untuk kena saman
- Khairy setuju pencen penjawat awam, MP dimansuhkan
- PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan
- Ustaz Derry dakwa Mondy hanya mahu duit
- Howard mohon maaf selepas polis ambil keterangan
- Netizen cabar Abang Tesla tambah dua lagi selepas bertemu Baby Shima dan Mondy
- Perbicaraan Ebit Lew jadi sesi bertikam lidah
- Majlis perkahwinan terbakar, 100 disahkan maut 150 tetamu cedera
- Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan
- Soalan tiada akidah! Cikgu Fadli Salleh bidas pengubal silibus Matematik Tahun 3
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.