Pembangunan mudah dilaksanakan jika BN menang – Ismail Sabri

Pembangunan mudah dilaksanakan jika BN menang – Ismail Sabri

BENTONG – Agenda pembangunan di Pelangai akan diteruskan jika rakyat memilih calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam pada Pilihan Raya Kecik (PRK) Pelangai, 7 Oktober ini.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana pembanguan mudah dilaksanakan jika kerajaan negeri selari dengan kerajaan persekutuan.

“Yang penting kalau ada wakil dari BN boleh teruskan kerja pembangunan di sini, tapi kalau pembangkang yang menang sebaliknya. Walau dua calon dalam kampung yang sama tapi kalau boleh pilih yang boleh membantu,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika ditemui di Pasar Pagi Felda Chemomoi di Bentong pada hari ini menyatuni masyarakat di sini bersama Amizar.

PRK Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, Kasim Samat (Perikatan Nasional) dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).

Menurut Ismail Sabri, dengan mengetengahkan anak peneroka Felda juga akan memudahkan suara penduduk Palangai difahami dan didengari Amizar sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat.

Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Pilihan Raya semalam yang membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid, di Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ismail Sabri berkata, pakatan Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) perlu bekerja keras jika PRK diadakan.

“Keputusan di Kemaman dari segi perbezaan di Kemaman kalau ada PRK kita kena kerja lebih kuat kerana di sana mereka ada kelebihan di bawah kerajaan negeri pembangkang.

“Kalau kerja kuat apapun tidak ada perpecahan dalaman,” ujarnya. MG

Pembangunan mudah dilaksanakan jika BN menang – Ismail Sabri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker