Nur Shazrin sumbang pingat emas pertama negara di Sukan Asia
Nur Shazrin sumbang pingat emas pertama negara di Sukan Asia
Malaysia berjaya merangkul pingat emas pertama pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 menerusi pelayar, Nur Shazrin Mohamad Latif dalam acara ILCA 6 wanita pada hari keempat acara berpingat dipertandingkan.
Selepas penantian yang penuh debaran, atlet berusia 25 tahun dari Pasir Gudang, Johor itu berjaya mengekalkan kedudukan pertama selepas berjuang dengan keadaan ombak sukar di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan, lebih 170 km dari sini.
Nur Shazrin, yang berada di kedudukan teratas dengan 25 mata penalti selepas 11 perlumbaan hingga lima hari pertandingan setakat semalam, dinobatkan sebagai pemenang selepas perlumbaan terakhir hari ini dibatalkan kerana kekurangan angin untuk menjalankan pertandingan itu di Tasik Dongqian.
Keadaan itu sekali gus, membantu pemenang pingat gangsa pada temasya Jakarta-Palembang 2018, menukar warna pingatnya ke emas, serta melayakkan Nur Shazrin untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
Pelayar Hong Kong Stephanie Norton (37 mata) meraih perak, manakala gangsa menjadi milik Victoria Jing Hua Chan (38 mata) dari Singapura.
Semalam, Asnawi Iqbal Adam turut mengesahkan pingat pertama bagi Malaysia selepas meraih gangsa acara ILCA 4 lelaki, manakala Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudeen turut menyumbang gangsa menerusi Windsurfing RSX Wanita. BH
Nur Shazrin sumbang pingat emas pertama negara di Sukan Asia
Baca Artikel Menarik:
- Ruhil Amani sudah bercerai
- Akmal dibidas ahli MCA ugut pengilang beras
- Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
- Khairul Aming tiada aset kecuali kereta Bezza
- Rashid merajuk balik Sarawak?
- Siap untuk kena saman
- Khairy setuju pencen penjawat awam, MP dimansuhkan
- PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan
- Ustaz Derry dakwa Mondy hanya mahu duit
- Howard mohon maaf selepas polis ambil keterangan
- Netizen cabar Abang Tesla tambah dua lagi selepas bertemu Baby Shima dan Mondy
- Perbicaraan Ebit Lew jadi sesi bertikam lidah
- Majlis perkahwinan terbakar, 100 disahkan maut 150 tetamu cedera
- Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan
- Soalan tiada akidah! Cikgu Fadli Salleh bidas pengubal silibus Matematik Tahun 3
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.