Minyak hitam percuma di Pelangai
Minyak hitam percuma di Pelangai
BN menawarkan penukaran minyak hitam (pelincir) percuma kepada penunggang motosikal berhampiran salah sebuah bilik gerakan mereka, di Kampung Shafie, dekat Simpang Pelangai, malam tadi.
Ketika tinjauan Malaysiakini kira-kira jam 9 malam, sekurang-kurangnya 15 penduduk dengan motosikal masing-masing beratur mendapatkan perkhidmatan itu.
Seorang lelaki yang memakai vest BN memberitahu Malaysiakini bahawa 50 botol minyak motosikal 4T telah disediakan.
Kesemua penerima minyak pelincir percuma itu melahirkan rasa syukur kerana dapat menjimatkan sedikit wang perbelanjaan mereka.
Seorang penduduk, Mohd Razif Mohd Diah, 18, berkata, dia gembira menerima penukaran minyak enjin percuma bagi motosikal Honda C70 miliknya.
“Sebab kalau nak beli minyak enjin sebotol ada yang mahal dan yang murah.
“Jika kita mahukan minyak yang berkualiti, maka kita perlu bayar lebih. Tapi yang murah pun okay. Terima kasih saya ucapkan kepada penganjur kerana memberi kami minyak percuma ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Ditanya mengenai kecenderungannya pada pilihan raya kecil itu, Razif berkata dia tidak layak mengundi kerana belum mencecah usia 18 tahun.
Senarai pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang digunakan untuk pilihan raya ini kali terakhir dikemas kini pada Mei.
Sementara itu seorang pesara, Shaharuddin Mohd Dahalan, 62, berkata dia biasanya menukar minyak enjin Honda EX5 miliknya untuk setiap tiga atau empat bulan dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM15 setiap kali berbuat demikian.
“Saya gembira dengan usaha mereka. Jarang dapat peluang sebegitu, dan saya menghargai peluang sebegitu sekali-sekala,” katanya. Mk
Minyak hitam percuma di Pelangai
Baca Artikel Menarik:
- Tomok, Naqiu berseteru dalam GV10?
- Bercakap dengan firaun pun Allah suruh guna perkataan baik
- Sanusi pembohong nombor satu negara
- Rakyat Indonesia nobatkan Anwar ‘Sukarno Besar’ di pentas UNGA
- Liza Hanim buka mulut kerana tak tahan lagi
- Sedih, mencarut dah jadi budaya baru PAS
- Gandingan Nabil, Jihan, Elly dipertikai
- ND Lala bukan buang saya saja, anak-anak juga – Fauziah
- Berumah dalam kereta kerana berhutang RM1 juta
- Reaksi positif diplomat di New York bercanggah dakwaan Sanusi di Pelangai
- PN hilang Kemaman: Mahkamah benarkan petisyen pilihan raya BN
- Kedudukan 4 Presiden parti, PAS, Amanah, MCA dan Bersatu
- Jawab di akhirat nanti – Ubai
- 5 KSU bertukar sebalik ura-ura rombakan Kabinet
- Next pandemic disease X is deadliest than Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil