Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
R Punithamalar diiktiraf oleh badan dunia itu atas kebolehannya menyusun buah catur dengan mata tertutup dalam masa 45.72 saat.
Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
Tidak banyak momen dalam kehidupan yang membuat kita tertanya-tanya, “Adakah ini benar atau sesuatu yang ajaib?” Namun baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan dari Perak menjadi tular di media sosial atas kebolehannya yang mengagumkan.
Pada 19 Mei, Punithamalar Rajashekar cuba memecahkan Rekod Dunia Guinness mencatat masa terpantas menyusun 32 buah catur dengan matanya ditutup. Rekod dunia sebelum ini, selama 1.02 minit, dipegang oleh seorang budak lelaki dari India.
Punithamalar, 10, berjaya melakukannya dalam masa 45.72 saat, membolehkannya memecah rekod itu.
Baru-baru ini, selepas berbulan-bulan menantikannya, sijil menandakan kejayaannya tiba, diiringi gulungan ucapan tahniah serta kemasyhuran baharu bagi Punithamalar.
Pencapaiannya mungkin disangkakan hasil latihan intensif selama berbulan-bulan, namun bagi Punithamalar, ia suatu kebolehan luar biasa. Beliau dikatakan berupaya “melihat” walaupun dengan mata tertutup.
“Tidak sukar (menyusun buah catur dengan mata tertutup) kerana saya rasa sama sahaja seperti melakukannya dengan mata tidak tertutup.
“Seperti orang lain melihat dengan mata terbuka, saya boleh lihat walaupun dengan mata tertutup,” katanya.
Punithamalar turut merangkul gelaran naib juara ke-2 dalam program “Kids Got Talent” Malaysia tahun ini, melayakkannya menyertai uji bakat “America’s Got Talent” musim ke-19.
Gadis cilik itu mendapati beliau dapat melihat dengan apa yang dipanggil keluarganya sebagai “mata ketiga” pada akhir tahun lepas, berikutan kursus yoga dan gim minda selama empat bulan.
Punithamalar, yang mendakwa dapat melihat walaupun matanya ditutup, membuktikan dia mampu mengenal pasti nombor siri pada wang kertas.
“Kami menyertai beberapa kegiatan, termasuk melakukan sesuatu dengan mata ditutup,” katanya sambil menambah, pada masa itulah dia sedar dia dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat lihat.
FMT Lifestyle baru-baru ini bertemu dengan Punithamalar dan bapanya, Rajashekar Kuberan, di sekolahnya, SJK (T) Menglembu, lokasi acara memecahkan rekod itu diadakan.
“Jujurnya, pada mulanya saya sendiri tidak percaya,” kata Rajashekar sambil menambah, beliau dan isterinya terkejut, malah berasa sedikit takut dengan kebolehan anak mereka itu.
Rajashekar berkata, bagi menambah kredibiliti, mereka memilih untuk memecahkan Rekod Dunia Guinness disebabkan peraturannya yang ketat dan proses pengesahannya menyeluruh.
Kebolehan Punithamalar tidak terhad kepada menyusun buah catur, malah FMT Lifestyle menyaksikan kanak-kanak itu, dengan matanya ditutup, mampu mengenal pasti perkataan yang ditulis atas kertas, membaca nombor siri pada wang kertas, membuka muka surat tertentu, serta mengajuk gaya penulis dari jauh.
Bagaimana Punithamalar memperoleh kebolehan tersebut masih menjadi misteri, namun Rajashekar percaya ia mungkin hasil amalannya yang berdisiplin.
“Setiap pagi, dia bangun lebih kurang 5 pagi untuk melakukan yoga dan bermeditasi. Kami tahu ada pengamal yoga di India yang mempunyai kebolehan (seperti Punithamalar), jadi itu tekaan terbaik kami,” jelasnya.
Mereka sangat berterima kasih atas sokongan dan galakan sekolah itu terhadap usaha Punithamalar memecahkan rekod dunia.
“Pada hari percubaan (memecah rekod), semua orang di sekolah berkumpul untuk menyokong saya, terasa seperti perayaan. Saya percaya itulah sebabnya saya dapat mencapai masa terpantas itu,” kata Punithamalar.
Perjalanannya masih jauh, dan kini dia sedang bersedia untuk menghadiri uji bakat “America’s Got Talent” bulan depan.
Sama ada anda percaya atau tidak, pencapaian gadis dari pekan kecil itu menjadi bukti bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang mampu mencapai kejayaan mengagumkan dan hanya menunggu masa untuk mencipta nama di pentas dunia. FMT
Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
Baca Artikel Menarik:
- Tomok, Naqiu berseteru dalam GV10?
- Bercakap dengan firaun pun Allah suruh guna perkataan baik
- Sanusi pembohong nombor satu negara
- Rakyat Indonesia nobatkan Anwar ‘Sukarno Besar’ di pentas UNGA
- Liza Hanim buka mulut kerana tak tahan lagi
- Sedih, mencarut dah jadi budaya baru PAS
- Gandingan Nabil, Jihan, Elly dipertikai
- ND Lala bukan buang saya saja, anak-anak juga – Fauziah
- Berumah dalam kereta kerana berhutang RM1 juta
- Reaksi positif diplomat di New York bercanggah dakwaan Sanusi di Pelangai
- PN hilang Kemaman: Mahkamah benarkan petisyen pilihan raya BN
- Kedudukan 4 Presiden parti, PAS, Amanah, MCA dan Bersatu
- Jawab di akhirat nanti – Ubai
- 5 KSU bertukar sebalik ura-ura rombakan Kabinet
- Next pandemic disease X is deadliest than Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil
You must be logged in to post a comment.