Bolehkah sambut Maulidur Rasul?

Bolehkah sambut Maulidur Rasul?

Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun merupakan satu tarikh yang begitu signifikan dengan umat Islam kerana pada tanggal tersebut telah lahirnya seorang insan agung iaitu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib dan sambutan Maulidur Rasul turut disambut
oleh umat Islam sempena memperingati hari kelahiran baginda meskipun kita tidak sempat hidup atau bertemu dengan Baginda SAW kekasih Allah. Namun, perjuangan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Oleh itu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW menjadi tugas kita untuk menyebarluaskan adab dan akhlak yang diajarkan Baginda. Sambutan Maulidur Rasul sangat dianjurkan untuk dilakukannya kerana ia boleh menambahkan lagi kecintaan kepada Rasulullah dan akan diberikan pahala jika menetapi syariat Islam.

Hukum Menyambut Maulidur Rasul

Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan fatwa mengenai hukum menyambut Maulidur Rasul. Menurut beliau terdapat dua pendapat tentang hukum menyambut Maulidur Rasul ini. Pendapat pertama, sebahagian ulama’ mengatakan menyambut Maulidur Rasul ini
adalah sebahagian daripada amalan yang bid’ah. Hujah yang digunapakai oleh mereka adalah dengan mengatakan amalan ini tidak diamalkan oleh generasi terdahulu seperti generasi yang mulia, sahabat-sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan juga tidak pada generasi setelahnya.

“Janganlah kalian berlebihan dalam memujiku seperti kaum Nasrani yang memuji anak lelaki Maryam. Aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah (mengenaiku) “ Hamba AllahdanRasul-Nya “
(Riwayat al-Bukhari, no. 3445)

Pendapat Kedua, sebahagian ulama’ mengatakan bahawa amalan menyambut Maulidur Rasul diharuskan kerana merupakan amalan tokoh-tokoh zaman terdahulu antaranya di Irbil ( salah satu negeri di Iraq). Antara tokoh-tokoh yang mengharuskan amalan ini dan mengatakan ia merupakan amalan bid’ah hasanah ialah Imam Jalaluddin al-Suyuti, Imam Ibn Hajar al-Haithami, Syeikh Ibn al-Hajj al-abdari dan lain-lain.

Mereka menggunakan hadis berikut untuk mengharuskan amalan Maulidur Rasul ini

Dari Abu Qatada, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? MakaBaginda menjawab

“ Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku“
(Riwayat Muslim, no. 1162)

Hadis ini memberi panduan dan contoh tentang pentingnya mensyukuri nikmat-nikmatyang diberikan oleh Allah, termasuk kelahiran Nabi Muhammad SAW. Dalamhadis ini, Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Baginda berpuasa pada hari Isnin sebagai bentuk penghargaan dan rasa syukur kepada Allah atas nikmat kelahirannya. Hadis ini mendorong umat Muslim untuk meneladani tindakan Nabi Muhammad SAW dalam mensyukuri nikmat Allah iaitu berpuasa dan melakukan sunnah Rasulullah pada hari Isnin.

Dalam konteks amalan menyambut Maulidur Rasul, hadis ini dapat dijadikan panduan bagi umat Muslim untuk merayakan dan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan cara yang bermakna dan tidak berlebih-lebihan sehingga melanggar syariat Islam. Selain daripada berpuasa pada hari Isnin, umat Muslim juga dapat membaca kisah kelahiran Nabi, mendengar ceramah tentang sirah Baginda atau melakukan amalan-amalan kebaikan lainnya sebagai bentuk syukur dan menghargai kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan umat Muslim.

Setelah diteliti pendapat-pendapat Ulama’ tersebut, Mufti telah berpandangan bahawa sambutan Maulidur Rasul dibolehkan tetapi dengan syarat sambutan tersebut mestilah mengikut landasan syariat Islam yang betul seperti tiada unsur maksiat, tidak bercampur lelaki dan perempuan, mengadakan pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah, menutup aurat, semarakkan dengan selawat-selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW dan banyak lagi garis panduan yang perlu umat Muslim perlu patuhi.

Tujuan Menyambut Maulidur Rasul

1. Dapat memperingati tarikh kelahiran Baginda SAW. Peringatan terhadap tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW, atau yang dikenal
sebagai “ Maulidur Rasul” adalah satu tindakan yang biasa dilakukan oleh umat Muslim sebagai bentuk penghormatan dan kasih sayang terhadap kehidupan dan ajaran Nabi SAW. Memperingati Maulidur Rasul adalah satu cara bagi umat Islam menghormati dan mengenang perjuangan, ajaran, kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan agama Islam. Ini juga dapat memberi kesempatan kepada umat Islam untuk mempelajari lebih lanjut tentang sirah Nabi Muhammad serta nilai-nilai pengajaran yang dapat diambil dari kehidupan Baginda SAW.
Maulidur Rasul bukan hanya sekadar sambutan atau peringatan biasa, tetapi jugamenjadi peringatan yang penting untuk mengetahui dan mendalami lebih dalam tentang Nabi Muhammad SAW. Antaranya, mengetahui bagaimana Baginda memimpin, mengajarkan agama Islam, sunnah-sunnah Rasulullah SAW, keperibadian Nabi Muhammad SAW, sejarah hidup Baginda dan pengaruhnya terhadap dunia agar dapat memberi pengajaran kepada umat Islam terumanya kepada generasi muda.

Merayakan sambutan Maulidur Rasul ini dapat memperkuatkan rasa cinta, penghormatan, dan iman terhadap Nabi Muhammad SAW sebagai
utusan Allah serta umat Muslim dapat menghormati ajaran-ajaran Nabi yang mencakupi pelbagai aspek. Imam Bukhari meriwayatkan:

“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia lebih mencintai aku daripada keduaorang tuanya, anaknya dan manusia seluruhnya”

Dalam hadis ini, Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa iman seseorang tidaklah sempurna hingga dia mencintai Nabi lebih dari segalanya, termasuk diri sendiri, harta, anak-anak dan manusia secara umum. Ini menunjukkan bahawa mencintai Baginda adalah ukuran keimanan seseorang dan bahawa cinta kepada Rasulullah SAW harus melampaui semua aspek kehidupan. Cinta kepada Nabi
Muhammad SAW juga memberikan kehidupan seseorang untuk kearah kebaikan.

Ini mendorong seseorang untuk mengikuti ajaran dan teladan Nabi Muhammad SAW dalam setiap aspek kehidupan termasuk dalam hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia. Cinta ini juga menginspirasi untuk mempelajari sirah (kehidupan) Nabi SAW dan mengambil hikmah serta pengajaran dari pengalaman dan perjuangannya.

2. Mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh cabaran dan pengorbanan bermati-matian demi menyebarkan agama Islam.

Sirah Nabi Muhammad SAW merupakan sumber inspirasi bagi umat Muslim untuk menghadapi berbagai cabaran dalam hidup umat mereka. Jika dilihat dari perjuangan Nabi Muhammad SAW umat Islam dapat menjaga keteguhan dalam Iman. Baginda menunjukkan keteguhan dan kekuatan dalam imannya meskipun menghadapi banyak rintangan dan penentangan. Ini mengajarkan umat Islam tentang kepentingan mempertahankan iman dan keyakinan kita dalam menghadapi cabaran dalam hidup. Antara sirah Rasulullah SAWyang boleh dijadikan iktibar ialah perjuangan dakwah Islam Baginda secara rahsia selama tiga tahun pertama. Perjuangan dakwah Baginda secara rahsia adalah salah satu aspek penting dalam strategi penyebaran dakwah Baginda di awal-awal masa kenabiannya.

Ini mencerminkan kebijaksanaan dan kesabaran Baginda dalam menghadapi berbagai cabaran yang dilalui dalam menyebarkan ajaran baru di tengah masyarakat yang belum mengetahui tentang agama Islam. Pada awal-awal kenabian, Rasulullah SAW hanya menyebarkan dakwah islamiyyah dengan secara rahsia kepada individu terdekat sahaja seperti sahabat-sahabat dekat dan kaum keluarganya. Namun begitu, tidak semuanya mempercayai dan meyakini ajaran yang dibawa Rasulullah SAW antaranya iaitu Abu Thalib dan Abu Lahab. Pada awal-awal Baginda menyebarkan dakwah secara rahsia, dalam keadaan diperangi Bangsa Arab datanglah seorang wanita yang bernama Khadijah binti Khuwailid sebagai orang pertama yang menyambut ajaran dakwah dan lalu Beliau mengahwini Rasulullah SAW.

Khadijah bin Khuwailid merupakan sumber kekuatan kepada Rasulullah dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah yang penuh dengan rintangan. Kemudian, dakwah Baginda diterima dan diikuti oleh Ali bin Abu Talib yang merupakan sepupu Baginda dan juga merupakan tokoh-tokoh penting dalam mempertahankan Islam, Zaid bin Harithah, AbuBakar al-Siddiq dan Uthman bin Affan. Setelah beberapa tahun melakukan dakwah secara rahsia dan meraih sejumlah pengikut awal, Rasulullah SAW kemudian mendapat suruhan daripada Allah SWT untuk memulai dakwah secara terbuka kepada masyarakat umum. Allah berfirman dalam surah al- Hijr ayat 94 dan 95

“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu(Wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tantangan kaumkafirmusyrik itu. Sesungguhnya kami memelihara engkau (Muhammad) dari (kejahatan) orangyang memperolok-olokkan (engkau)”.

Pada awalnya, Nabi Muhammad SAW mengumpul dan mengundang para Sahabat yang berbangsa Quraisy untuk menyebarkan ajaran Islam kepada mereka secara terbuka. Namun begitu, tidak semua dapat menerima dakwah ini dengan baik. Terdapat beberapa orang yang menolak dakwah Rasulullah saw secara baik, sopan dan tidak memusuhi Baginda.

Akan tetapi, ada juga yang menolak dakwah secara kasar seperti Abu Lahab dan isterinya Ummu Jamil. Mereka menunjukkan kebencian kepada Nabi Muhammad SAW dengan sangat jelas. Bahkan, ada surah dalam al-Quran yang telah disebut khusus untuk menyinggung tentang Abu Lahab dan Ummu Jamil sebagai musuh terhadap Islam. Ketika kaum Quraisy menentang Nabi Muhammad SAW, Baginda tidak pernah berputus asa dan mengalah. Sebaliknya, Baginda semakin bersungguh-sungguh dalam enyebarkan dakwah Islam. Oleh kerana itu, Nabi Muhammad SAW memutuskan untuk mengadakan perjumpaan bersama-sama umatnya. Perjumpaan ini telah diadakan di rumah Abi Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam yang merupakan Madrasah pertama dalam sejarah Islam sebagai tempat belajar, berdiskusi dan mendalami agama dengan lebih mendalam.

Dengan adanya Madrasah ini, ia memberi peluang kepada Rasulullah untuk memantapkan lagi keimanan umatnya dalam menyebarkan Islam dan menghadapi segala tentangan yang ada. Perjuangan Rasulullah saw tidak terhenti setelah Baginda wafat. Perjuangan Baginda dilanjutkan oleh para sahabat Baginda dan umat Islam.

Nabi Muhammad SAW adalah utusan terakhir Allah dan rahmat bagi seluruh alam, dan ajaran-ajarannya terus hidup dan berkembang dalam masyarakat Muslim. Seperti yang kita ketahui, Baginda banyak menerima tomahan, cacian bahkan ancaman fizikal. Namun begitu, Baginda tetap cekal dan istiqamah dalam menyebarkan dakwah Islam dan melawan segala fitnah-fitnah dari musuh Islam. Baginda tetap berpegang teguh dengan prinsip dan tugasnya untuk menyampaikan ajaran tauhid kepada umat Islam. Oleh yang demikian, melalui sambutan Maulidur Rasul ini umat Islam dapat mengambil inspirasi terhadap kesabaran, keberanian dan ketabahan Baginda dalam menghadapi pelbagai cabaran.

3. Mendidik Generasi Muda untuk Mencintai Rasul

Mendidik generasi muda untuk mencintai Rasulullah adalah tanggungjawab penting dalam memperkukuhkan akidah dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka. Sebagai Ibu Bapa kita sangat berperanan dan bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk mencintai rasul. Dengan adanya sambutan Maulidur Rasul ini dapat menyuntik perasaan cintakan rasul ke dalam jiwa anak muda dengan mengajak anak-anak melibatkan diri dalam perarakan atau menghadiri majlis-majlis tertentu, bahkan memperkenalkan sosok tubuh manusia hebat dan maksum yang bernama Muhammad bin Abdullah sejak mereka kecil lagi.

Sambutan Maulidur Rasul ini dapat mengajarkan kepada generasi muda tentang kehidupan, pengorbanan, dan perjuangan Rasulullah SAW melalui cerita dan kisah dari sirah-sirah Baginda. Ini membantu mereka dalam mengenal keperibadian dan keteladanan Rasulullah.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh merayakan sambutan Maulidur Rasul di sekolah dengan cara yang baik dan bermakna seperti membaca sirah Nabi, mengadakan ceramah, mengajak anak-anak berselawat kepada Nabi dan banyak lagi. Ini dapat membantu generasi muda mengembangkan cinta dan rasa kagum terhadap Rasulullah dalam jiwa anak muda Muslim. Anak-anak boleh meneladani sifat ketabahan Rasulullah SAW menempuh cabaran dan dugaan dalam menyebarkan dakwah.

Baginda sanggup bersengkang mata, dicaci dan dihina serta di baling dengan batu sehingga tercedera parah. Bahkan, baginda juga dihalau oleh penduduk Makkah dan keluarga sendiri demi menyebarkan dakwah Islamiyyah tetapi tidak pernah berfikir untuk menyerah.

Hal ini sudah Allah tegaskan dalam ayat al-Quran surah al-Ahzabayat ayat 21
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu”.

Melalui tafsiran ayat di atas, Ibnu Katsir menjelaskan bahawa ayat ini adalah diantara ayat yang paling penting dalam menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan. Baik dalam ucapan, perbuatan, dan segala liku-liku kehidupan Baginda. Oleh kerana itu, Allah swt memerintah umat Muslim untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW seperti kesabaran, keteguhan hati dan perjuangannya dalam menempuh cabaran ketika menyebarkan dakwah dan juga ketika berperang seperti peristiwa perang Ahzab.

Memupuk rasa cinta kepada Nabi Muhammad

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim merupakan satu figura yang sangat dihormati dan disegani oleh seluruh masyarakat khususnya umat Islam. Baginda merupakan orang yang paling berpengaruh di dunia mengatasi tokoh-tokoh barat yang lain seperti Siddharta Gautama dan Issac Newton. Beriman kepada Rasulullah merupakan rukun iman yang keempat dan sebagai umat Islam, kita perlulah memupuk rasa cinta yang mendalam kepada Baginda Nabi SAW. Sesungguhnya mencintai Rasulullah merupakan tanda kesempurnaan iman seperti yang terdapat dalama hadis berikut,

Daripada Anas RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: “Tidak sempurna keimanan seseorangdiantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, danmanusia semuanya.” (HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih

Oleh yang demikian, kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW perlu dipupuk sejak dari kecil lagi bak kata peribahsa Melayu “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Hal ini demikian kerana anak kecil lebih mudah dibentuk berbanding dengan golongan yang lebih dewasa.

Justeru antara langkah yang boleh kita ambil dalam memupuk semangat kecintaan kepada Rasululullah antaranya ialah :

1. Mengenal sejarah dan kehidupan Baginda Nabi Muhammad SAW

Dengan menelusuri sejarah dan kehidupan peribadi Rasulullah semangat kecintaan kepada Baginda dapat ditambah bak kata orang “Tak kenal maka tak cinta”. Kita mungkin tidak dapat bersua dan hidup sezaman dengan nabi namun kita begitu bertuah kerana banyak sejarah dan cerita tentang kehidupan dan keperibadian Baginda yang ditulis dan dikaryakan sehingga dapat kita baca pada hari ini.

Selain itu, melalui sambutan Maulidur Rasul juga dapat membawa masyarakat untuk lebih mengenali sejarah kehidupan Rasulullah. Terdapat
banyak kitab yang membicarakan tentang tentang kehidupan Baginda antaranya ialah Kitab Syamail Muhammadiyah. Antara isi dan topik yang dibincangkan dalam kitab tersebut ialah bentuk tubuh Rasulullah, pakaian Rasulullah, cara berjalan Rasulullah dan lain-lain lagi.

2. Memperbanyakkan selawat dan doa kepada Rasulullah

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segalapenghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orangyangberiman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salamsejahtera denganpenghormatan yang sepenuhnya.” al-Ahzab: 56

Syeikh al-Maraghi telah mentafsirkan ayat ini dengan berkata: Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi SAW mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan. Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu. Kita sangat dituntut untuk selalu berselawat dan mengingati Rasulullah kerana selawat merupakan wasilah atau jalan untuk meraih cinta Allah.

Daripada Abdullah bin‘AmrRA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim(384)]

Amalan selawat haruslah selalu diamalkan dalam kehidupan seharian dan sewajarnya menjadi budaya masyarakat pada hari ini. Dalam Riwayat Abu Daud dengan isnad yang sahih meyatakan bahawa Aus bin Aus RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda
“Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan adalah digalakkan untuk memperbanyakkan selawat kepada Baginda…”

Kita juga harus endalami dan mempratikkan sunah Rasulullah SAW.

Bolehkah sambut Maulidur Rasul?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker