Saya buat kajian, bertalaqi dan muzakarah orang alim – Howard Lee
DHHP dah minta maaf ke belum?
Saya buat kajian, bertalaqi dan muzakarah orang alim – Howard Lee
Anggota parlimen Ipoh Timor Howard Lee mempertahankan tindakannya memetik terjemahan ayat al-Quran yang mengundang kontroversi hebat baru-baru ini.
Katanya, dia hanya memetik terjemahan ayat suci itu tanpa membacakan lafaz asal dalam bahasa Arab atau menafsirkannya.
Malah, katanya, dia belajar terlebih dahulu berkaitan perkara itu sebelum melontarkannya.
“Saya bertalaki (belajar secara terus) dengan orang yang alim, telah bermuzakarah dengan beberapa orang yang alim, beberapa orang ustaz.
“Baru (akhirnya) saya berani untuk menjelaskan, (setelah) diajarkan oleh pihak yang alim dan arif dalam perkara tersebut,” katanya.
Lee disiasat polis kerana memetik terjemahan al-Quran daripada ayat 59 surah an-Nisa berkaitan kewajipan supaya taat kepada Allah, Rasul dan Ulil-Amri.
Dalam video itu, dia mengkritik Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan pemimpin parti itu yang didakwa mengamalkan pendekatan Khawarij (kumpulan pelampau dalam sejarah Islam) dengan mengkafirkan umat Islam lain.
Dia juga berkata tindakan “memperkotak-katikkan” kerajaan sedia ada bermaksud meniup roh Khawarij dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dalam sidang media hari ini, Lee daripada DAP bagaimanapun mempersoalkan serangan terhadapnya.
Sedangkan, katanya, ketika DAP bergabung dengan PAS sebelum ini perkara itu tidak menjadi masalah.
Malah, katanya, dia dan rakan-rakannya dalam DAP digalakkan untuk belajar al-Quran ketika itu.
“Tetapi tidak mengapalah. Saya sudah memohon maaf. Saya di sini untuk menyatakan terima kasih atas sokongan.
“Minta maaf bagi semua pihak yang pernah buat kesilapan yang sama dan mohon supaya jangan kita polemikkan ini,” katanya. Mk
Saya buat kajian, bertalaqi dan muzakarah orang alim – Howard Lee
Baca Artikel Menarik:
- Tomok, Naqiu berseteru dalam GV10?
- Bercakap dengan firaun pun Allah suruh guna perkataan baik
- Sanusi pembohong nombor satu negara
- Rakyat Indonesia nobatkan Anwar ‘Sukarno Besar’ di pentas UNGA
- Liza Hanim buka mulut kerana tak tahan lagi
- Sedih, mencarut dah jadi budaya baru PAS
- Gandingan Nabil, Jihan, Elly dipertikai
- ND Lala bukan buang saya saja, anak-anak juga – Fauziah
- Berumah dalam kereta kerana berhutang RM1 juta
- Reaksi positif diplomat di New York bercanggah dakwaan Sanusi di Pelangai
- PN hilang Kemaman: Mahkamah benarkan petisyen pilihan raya BN
- Kedudukan 4 Presiden parti, PAS, Amanah, MCA dan Bersatu
- Jawab di akhirat nanti – Ubai
- 5 KSU bertukar sebalik ura-ura rombakan Kabinet
- Next pandemic disease X is deadliest than Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil