PN hilang Kemaman: Mahkamah benarkan petisyen pilihan raya BN

PN hilang Kemaman: Mahkamah benarkan petisyen pilihan raya BN

Mahkamah Pilihan Raya hari ini membatalkan kemenangan calon PN Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis yang membenarkan petisyen pilihan raya oleh calon BN Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Peguam Che Alias, Yusfarizal Yussof mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa mahkamah pilihan raya membenarkan petisyen Wan Mohamad Hisham.

Sebelum ini pada 13 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen itu apabila membenarkan bantahan awal oleh Che Alias berhubung petisyen yang dikatakan mengandungi fakta cacat dan tidak sah bagi menyokong dakwaan rasuah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun pada 2 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Wan Mohamad Hisham untuk mengembalikan semula petisyen berkenaan menjalani perbicaraan penuh. Mk

PN hilang Kemaman: Mahkamah benarkan petisyen pilihan raya BN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker