Caj RM1 peket sos, ini jawapan rasmi McDonald’s Malaysia

PETALING JAYA – Tidak sengaja beri jumlah sos cili yang tidak mencukupi menjadi punca seorang pelanggan berang sehingga tercetusnya insiden caj RM1 untuk sepeket sos cili.

McDonald’s Taman Buaya menerusi satu kenyataan hari ini tampil menjelaskan, walaupun krew bertugas ketika itu menyediakan peket tambahan sos cili dengan segera, namun ia tidak meredakan keadaan, malah membuatkan pelanggan tersebut marah.

“Selepas jalankan siasatan dalaman dan menyemak rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kami dapati terdapat kesilapan awal di pihak kami di mana pelanggan secara tidak sengaja diberikan jumlah sos cili yang tidak mencukupi.



“Kakitangan kami kemudiannya menyediakan peket tambahan sos cili dengan segera apabila diminta oleh pelanggan.

“Walau bagaimanapun pada ketika itu, pelanggan menjadi sangat marah dan agresif secara lisan terhadap kakitangan kami,” kata kenyataan tersebut.

Susulan itu kenyataan sama berkata, pelanggan tersebut berkeras untuk membayar tambahan 10 peket sos cili dan menggesa krew terbabit untuk mengeluarkan resit untuk pembelian berkenaan.

“Walaupun krew kami cuba jelaskan bahawa sos cili disediakan secara percuma, pelanggan itu dengan marah berkeras untuk dikenakan bayaran untuk 10 peket itu.



McDonald’s Malaysia katanya, amat kecewa dengan tindakan pelanggan itu, yang bukan sahaja menunjukkan keagresifan terhadap kakitangannya, tetapi juga menyiarkan maklumat tidak tepat mengenai kejadian itu di media sosial.

“Kami telah laporkan kejadian ini kepada polis untuk memastikan keselamatan kakitangan kami memandangkan tingkah laku agresif pelanggan.

“Kami ingin mengulangi bahawa McDonald’s Malaysia menawarkan semua pelanggan kami sos cili tanpa kos tambahan.

“Di samping itu, McDonald’s Malaysia memandang tinggi kakitangan kami sebagai barisan hadapan yang secara konsisten berusaha memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia,” tambah kenyataan itu



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”



Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ



GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker