Pegawai keselamatan lapangan terbang telan wang kertas RM1,400

Seorang pegawai keselamatan menelan wang tunai di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila baru-baru ini. – Foto Twitter

Pihak berkuasa Filipina melancarkan siasatan terhadap seorang pegawai keselamatan wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila setelah dia ditangkap kerana menelan wang tunai berjumlah AS$300 (RM1,407).

Laman berita Wion News melaporkan, wang tersebut sebelum itu dicuri daripada seorang penumpang China.

Insiden mengejutkan itu terbongkar apabila rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan pegawai berkenaan menggunakan sapu tangan bagi menyembunyikan perbuatan tersebut sebelum minum air dari botol untuk menghapuskan bukti.

Jarinya turut menolak wang itu agar ia masuk lebih jauh ke dalam mulutnya.



Berikutan tersebarnya rakaman video itu, Pejabat Keselamatan Pengangkutan (OTS) menyiarkan kenyataan rasmi di halaman Facebook dan mengesahkan bahawa identiti pegawai keselamatan tersebut telah dipastikan, manakala usaha untuk mengumpulkan bukti telah pun dijalankan.

Pegawai keselamatan terbabit telah digantung tugasnya, manakala pihak berkuasa sedang mempertimbangkan untuk membuka kes pentadbiran terhadapnya, sekali gus menunjukkan dia mungkin dikenakan tindakan tatatertib.

Terdapat juga pertimbangan untuk meneruskan pertuduhan jenayah terhadap pegawai berkenaan. – AGENSI

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai



Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?



Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker