Sanggup beri bayi 2 bulan makan bubur segera hanya mahu kutip sumabangan di TikTok [VIDEO]

Pemilik sebuah rumah anak yatim di Medan, Indonesia ditahan atas kesalahan mengeksploitasi kanak-kanak, lapor laman berita Lambe Turah semalam.

Lelaki itu tular selepas bersiaran langsung di laman TikTok sambil memberi makan bubur segera kepada seorang bayi berusia dua bulan pada pukul 1 pagi (waktu tempatan).

Ketua Polis Medan, Valentino Alfa Tatareda berkata, suspek bernama Zamanueli Zabua atau lebih dikenali sebagai ZZ ditahan untuk soal siasat pada Selasa lalu.

“ZZ ditahan kerana bertindak melakukan eksploitasi ekonomi terhadap kanak-kanak untuk kepentingan peribadi.

“ZZ menguruskan rumah anak yatim itu bersama isterinya. Buat masa ini, isterinya sedang disiasat. Rumah anak yatim itu juga tidak mempunyai permit,” katanya.

Menurut Valentino, terdapat 26 kanak-kanak yang dijaga di rumah anak yatim itu. Empat daripada mereka adalah bayi, manakala selebihnya bersekolah rendah dan menengah.

Selepas disoal siasat, ZZ mengakui bahawa rumah anak yatim itu telah beroperasi sejak awal tahun ini.

Dalam tempoh empat bulan lalu, ZZ mengaku dia secara intensif mengeksploitasi penghuninya di TikTok.

“Dalam sebulan saya boleh dapat 20 juta rupiah (RM6,098) hingga 50 juta rupiah (RM15,245). Kanak-kanak ini akan dirakam untuk mendapatkan sumbangan daripada netizen,” katanya. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker