Pelancong China dakwa ada kamera tersembunyi dalam hotel, polis lakukan siasatan
Polis Kota Kinabalu menafikan dakwaan seorang warga China diminta memadamkan hantarannya di media sosial berhubung kes kamera tersembunyi di sebuah tempat penginapan di daerah ini.
Pihak polis sebaliknya mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima laporan itu dan siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya telah menerima dan meneliti satu paparan yang ditularkan melalui media sosial berkaitan sepasang warga China yang menemui kamera kecil tersembunyi di sebuah tempat penginapan di daerah ini.
Menurutnya, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan polis daripada pengadu warga China tersebut pada 7 September lalu pada jam 5.27 petang.
“Satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan awal telah dijalankan di lokasi termasuk rampasan terhadap barang kes telah dibuat selain usaha untuk mengenal pasti suspek sedang dijalankan.
“Pihak polis juga ingin menafikan telah meminta pengadu memadam hantaran yang dibuat oleh pengadu di dalam platform media masanya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sebelum itu, tular di media sosial mengenai pasangan dari China menginap di sebuah tempat telah menemui kamera tersembunyi dari salah satu soket di bilik mereka.
Dalam hantaran itu, pasangan terbabit menceritakan mereka telah mendaftar keluar keesokan harinya selain turut membuat laporan polis pada hari yang sama.
Mereka mendakwa ejen tempat penginapan itu telah menuduhnya sengaja mengelak daripada membayar tempat penginapan tersebut.
Hantaran itu turut mendakwa pihak polis menyuruhnya memadamkan hantaran di media sosial dan dia memadamnya tanpa berfikir panjang namun selepas pulang ke negaranya, hantaran itu dikongsi semula sebagai amaran kepada orang lain.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ibarat beri kereta kepada monyet – TMJ
- Lelaki onani atas motosikal ditahan polis
- Muhyiddin semakin hilang peranan tertinggi dalam PN
- Saya bukan penyondol – Linda AF
- Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal
- Erma beri amaran kepada Nabila Huda
- Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin
- Ada suami minta cerai sebab isteri masak kurang garam
- Minyak masak berbotol jatuh dari langit, rezeki bergolek buat pengguna jalan raya [VIDEO]
- Menteri agama bidas Radzi Jidin buat tuduhan liwat atas PM
- Waris mangsa kemalangan maut saman Google Maps
- Bukan Sofyank – Mia Sara
- Pencen ahli politik perlu dimansuhkan dan ganti caruman KWSP
- Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis
- Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.