Buaya baik selamatkan anjing dalam sungai

Seekor anjing diselamatkan oleh dua ekor buaya di Maharashtra, barat India baru-baru ini. – Foto Utkarsha Chavan

NEW DELHI, India – Seekor anjing liar diselamatkan oleh dua ekor buaya air tawar yang menolak haiwan berkenaan ke tebing menggunakan muncungnya selepas ia melompat ke dalam sebatang sungai di negeri Maharashtra, barat India, lapor MailOnline kelmarin.

Ketika kejadian, anjing itu melarikan diri daripada sekumpulan anjing liar lain.

“Buaya-buaya ini menyentuh anjing dengan muncung dan mendorongnya bergerak lebih jauh ke tempat selamat di tebing dan akhirnya melarikan diri.

“Tiada seekor pun buaya itu yang menyerang (anjing tersebut). Kedua-dua reptilia itu memilih untuk mengerakkannya ke arah tebing,” tulis seorang saintis dalam laporan yang diterbitkan dalam Journal of Threatened Taxa.



Saintis-saintis masih tidak pasti mengapa buaya air tawar itu yang boleh mencapai berat sehingga 453.59 kilogram, tidak melihatnya sebagai peluang untuk membaham anjing tersebut. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker