Pen di Mydin tak sesuai untuk dihisap – Ameer

Pen di Mydin tak sesuai untuk dihisap – Ameer

Ketika kecoh dakwaan seorang ahli parlimen menghisap vape di dalam Dewan Rakyat, pentadbir akaun laman X bagi pemborong dan peruncit, Mydin pula membuat jenaka mengenai pen.

Dalam hantaran itu, Mydin menyiarkan imej pen mata bola yang dijual di rangkaian kedainya dengan kapsyen berbunyi “Untuk penggemar pen. Pen di Mydin tak sesuai untuk dihisap ya”.



Hantaran itu dilihat hampir 200,000 pengguna dan lebih daripada 3,600 tanda suka.

Terdahulu, Ahli Parlimen dari Bersatu, Ikmal Isham Abdul Aziz mengancam mahu menyaman jurugambar perdana menteri kerana memuat naik gambar dan mendakwanya menghisap vape dalam parlimen.

Ikmal Isham Abdul Aziz mendakwa alat yang dipegangnya bukan vape sebaliknya sebatang pen.



Ahli Parlimen Tanah Merah itu juga menegaskan dia bukan kaki rokok atau vape, malah tidak tahan berada berdekatan orang yang merokok.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan pembantu Ikmail akan membuat laporan polis berhubung tuduhan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebelum meneruskan tindakan undang-undang.

Akhbar itu juga melaporkan Parlimen sedang menyiasat kesahihan sama ada ahli parlimen itu menghisap vape di dalam dewan atau sebaliknya.

Ini bukan kali pertama ahli parlimen dikaitkan dengan dakwaan menghisap vape dalam Dewan Rakyat.



Pada 2020, ahli parlimen Umno Hishammuddin Hussein dikenakan denda kerana melakukan kesalahan tersebut di Dewan Rakyat. Mk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai



Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?



Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker